Ahli Parlimen PKR Tak Faham Atau Niat Memfitnah? KWAP, KWSP Tak Pernah Dimusnahkan – Najib

SAYA tak pasti bahawa Ahli Parlimen PKR ini benar-benar tak faham ataupun dia ada niat memfitnah.

KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen) tak pernah dimusnahkan.

Malah dalam tempoh saya PM (Perdana Menteri), nilai aset KWAP naik dari RM52 bilion pada akhir tahun 2008 ke RM141 bilion pada tahun 2017 sebelum jatuh ke RM136 bilion pada tahun 2018 bawah kerajaan PH (Pakatan Harapan).

Ya. Naik 3 kali ganda – bukan dimusnahkan.

“The fund’s total assets under management (AUM) now total a record RM150 billion, more than triple its initial size in 2007. KWAP is the country’s third largest fund manager by asset size. Its audited 2019 and 2020 financial results have yet to be tabled in parliament, but the fund size stood at RM136.5 billion as at December 2018.”
Pautan: https://www.theedgemarkets.com/…/cover-story-protecting…

KWAP juga tidak rugi satu sen pun dari pinjaman RM4 bilion kepada SRC. KWAP juga tetap dibayar balik pokok dan faedah pinjaman tersebut.

Dana RM4 bilion SRC juga tak “lesap”. Seperti didedahkan dalam perbicaraan SRC, dana sebanyak US$1.2 bilion SRC telah dibekukan di Switzerland dan Hong Kong setelah dipindah ke sana pada tahun 2012 semasa US$1 = RM3.00 akibat orang Atok ke sana untuk membuat laporan.

Jika dibawa balik sekarang, nilai tersebut sudah cecah RM5 bilion sebelum mengira faedah yang diterima semasa dibeku – iaitu lebih tinggi dari RM4 bilion yang dipinjam KWAP kepada SRC.

Namun ianya tidak pernah dibawa balik oleh kerajaan PH dan kerajaan PN (Perikatan Nasional) sebab bila dibawa balik maka tuduhan Najib curi wang pencen RM4 bilion akan terbongkar sebagai fitnah.

Dana berhubung RM42 juta di mana saya dijatuhkan hukuman pula sebenarnya dana yang diluluskan daripada keuntungan SRC untuk tujuan CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang dibayar kepada Ihsan Perdana yang dilantik SRC untuk melakukan CSR.

Tetapi dana itu dipindah tanpa pengetahuan saya dan juga pengatahuan boss Ihsan Perdana kepada akaun atas nama saya dan turut dibelanjakan untuk CSR.

“Hari ke-18: Bekas pengarah Ihsan Perdana kata tak tahu akaun Ambank milik Najib”
Pautan: https://www.malaysiakini.com/news/476168

Sekiranya ahli parlimen PKR ini ikhlas nak “selamatkan” KWAP maka dia patut tuntut kerajaan untuk menjelaskan kenapa wang SRC yang dibeku masih tidak dituntut dan dibawa balik.

KWAP tak musnah. KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) juga tak musnah.

Sebaliknya, nilai KWSP naik dalam tempoh saya PM dari RM300b ke lebih RM800b dengan kadar-kadar dividen antara paling tinggi dalam sejarah.

Tapi memang ada orang yang nak musnahkan KWSP.

Pada tahun 2011 semasa saya PM, syarikat lebuhraya PLUS telah distruktur semula dan akhirnya menjadi 51% milik Khazanah Malaysia dan 49% milik KWSP – bukan milik pihak swasta lagi.

Lepas itu, kerajaan BN (Barisan Nasional) bekukan sebarang kenaikan kadar tol bagi semua lebuhraya tol milik PLUS dengan membayar pampasan setiap tahun kepada pemilik PLUS – termasuk KWSP.

Tapi masuk kerajaan PH dan Menteri Kewayangan dorang, mereka hapuskan pampasan tahunan dibayar kerajaan kepada KWSP bagi PLUS dengan memberi diskaun tol 18% tapi melanjutkan tempoh konsesi tol 20 tahun lagi dari tahun 2038 hingga ke tahun 2058 biarpun janji mereka adalah hapuskan semua tol sebaik sahaja menang PRU14.

Masa itu, bila saya tunjukkan bahawa diskaun 18% bagi Lebuhraya PLUS sebenarnya ditanggung KWSP, ini jawapan Menteri Kewayangan PH:

“Lim also said Najib tried to justify paying compensation to PLUS (for not increasing toll rates) by saying that the money would go to the Employees Provident Fund (EPF) and that EPF belongs to the people.

“But how much is its contribution to EPF? The dividend given to EPF is just 0.5%. I ask you, would you want 0.5% (dividend) or an 18% reduction?” he said after launching Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad’s Budget 2020 schemes.
Pautan: https://www.freemalaysiatoday.com/…/what-a-liar-you…/

Guan Eng kata pendeposit KWSP lebih rela dengan dividen tahunan mereka untuk diturunkan sebanyak 0.5% setiap tahun (setelah kerajaan tidak lagi bayar pampasan pada KWSP) sebab mereka lebih suka mendapat diskaun 18% bagi tol tetapi tempoh tol dilanjut 20 tahun lagi.

Selepas PRU14, Teresa Kok pula membidas saya sebab tanah Lembaga Getah Malaysia dijual tanpa tender dengan harga bawah pasaran kononnya ini rasuah.

Sebab itu saya pun jawab Teresa sekiranya dia tak berpuas hati bahawa tanah LGM dijual pada harga murah kepada KWSP untuk dijadikan projek KWASA Damansara bagi menjana keuntungan amat besar maka tuntutlah KWSP jual balik tanah tersebut supaya korang boleh jual dengan harga lebih tinggi kepada pemaju-pemaju swasta.
Pautan: https://umno-online.my/2019/01/04/tanah-lgm-teresa-kok-kena-balun-lagi-diminta-tuntut-balik-duit-rm780-juta-dari-guan-eng/

Jadi, siapakah yang ingin musnahkan KWSP dan siapakah yang benar-benar jaga kepentingan KWSP? – UMNO ONLINE

Najib Razak
Perdana Menteri Keenam