Prinsip Kekal Memfitnah…? Admin FB Pejuang Dibidas, Fitnah Untuk Apa?

KUALA LUMPUR, 27 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan hari ini membidas sebuah laman Facebook milik parti politik yang didakwa menyebarkan dakwaan tidak benar berkenaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata hantaran yang dilakukan oleh admin akaun tersebut sebagai fitnah malah gambar yang dimuat naik adalah gambar lama.

”Bukan dalam seminggu ini. Saya berbaju merah ada di sebelah depan Ahmad Zahid. Ini gambar lama sewaktu di Pahang pada awal Januari 2021.

“Masa itu beliau belum sakit belakang dan leher lagi. Pembedahan yang dilakukan beliau adalah pada awal Nov 2021.

“Harap semak sebelum sebar. Prinsip apa yang kekal? Kekal menfitnah ke?” katanya menerusi satu ciapan di Twitter.

Terdahulu pada Khamis, perbicaraan membabitkan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk yang ditetapkan pada keesokannya telah dilapangkan susulan beliau dilaporkan tidak sihat.

Mahkamah telah menetapkan 18 hari untuk sambung bicara kes tersebut iaitu pada 3 Feb, 7 dan 8 Mac, 1 April, 10-13 Mei, 17-20 Mei, 30 dan 31 Mei serta 13-16 Jun. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.