Kredibiliti Ismail Sabri Bukti Kemampuan UMNO Tadbir Negara – Mohamad

REMBAU, 18 Dis – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuktikan bahawa hanya kepimpinan daripada UMNO sahaja yang layak untuk memegang tampuk pentadbiran negara.

Katanya ini kerana sejak Naib Presiden UMNO itu memegang jawatan nombor satu negara suhu politik negara berjaya ditangani termasuk penularan pandemik COVID-19 juga dapat dikawal sebaiknya.

“Bila kita ambil alih jumlah pesakit COVID-19 menurun kerana tidak ada pemimpin yang berkredibiliti pada ketika itu… saya sebelum ini berkata pada Perhimpunan Agung UMNO bahawa UMNO mesti menjadi teras dan teraju induk kepada pentadbiran negara

“Terbukti apabila UMNO ambil alih, Perdana Menteri dari UMNO cuaca politik kita aman dan reda, COVID-19 pun sama-sama turun. Rakyat boleh bezakan yang penting yakinkan mereka bahawa kita sudah bersedia untuk kembali mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti.

“Tiupan angin di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan kita bawa pula ke PRU-15 namun apa yang harus kita lakukan adalah untuk meyakinkan rakyat supaya cukuplah kita sudah ada tiga model iaitu kerajaan Barisan Nasional (BN) selama 62 tahun, Pakatan Harapan (PH) 22 bulan dan Perikatan Nasional (PN) setahun tujuh bulan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Khairy Jamaluddin dan kepimpinan bahagian.

Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau juga optimis untuk UMNO/Barisan Nasional (BN) kembali bangkit untuk menang pada PRU-15 ini.

“Kita tidak selamanya di bawah kita boleh bangkit tetapi dengan syarat semangat untuk bangun dan untuk PRU-15 kita rampas semula Putrajaya ini.

“Hasrat dan yang perlu ditanamkan dalam jiwa setiap ahli UMNO maka dengan itu mari kita pastikan buat kerja sebaiknya… banyak pelajaran yang mesti kita semak daripada PRN ini.

“Banyak yang perlu kita diperbaiki…jentera parti perlu lihat dan sentiasa sihat untuk bergerak di peringkat pusat daerah mengundi dan juga cawangan,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.