Sudah Dijelaskan Beberapa Kali… Tapi Masih Ada Sengaja Panjangkan Fitnah

KUALA LUMPUR, 4 Dis – “Sudah dijelaskan beberapa kali, namun masih ramai yang sengaja mahu memanjangkan fitnah.”

Demikian tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu komen di status Facebooknya.

Di dalam satu komen di status media sosialnya itu yang sedang menyampaikan khutbah Jumaat tengahari semalam, terdapat seorang netizen yang menggunakan nama Kunnum Tommy membuat tuduhan melulu kepadanya.

Kata Kunnum Tommy itu: “peluk bini orang dan anak dara boleh bagi khutbah…???”

“Kunnum Tommy terima kasih kerana memanjangkan rantaian fitnah tersebut.

“Jika yg dimaksudkan adalah video waktu penamaan calon PRU-14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) 2018 dulu, mereka semua adalah ibu, isteri dan adik beradik kandung saya,” kata Dr Asyraf.

Ekoran penjelasan-penjelasan sebelum ini yang pernah dibuat, Dr Asyraf berkata terserah kepada netizen yang memfitnahnya dan beliau hanya mengucap syukur alhamdulillah, kerana mendapat pahala jariah berterusan.

“Cuma takutlah akan dosa jariah berpanjangan sebagaimana khutbah saya di atas,” katanya lagi.

Dalam isi khutbah yang disampaikan di Surau Arrahman Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini semalam, Dr Asyraf juga ada berpesan kepada para jemaah selain sedekah jariah yang berterusan pahala selepas kematian, ada juga orang-orang yang berterusan dosanya dan muflis akhirat. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.