Batal Projek HSR KL-Singapura Rugikan Rakyat Melaka: Benarkah Abah Sayang Melaka?

Apabila Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum 14 (PPRU-14), banyak projek mega zaman Barisan Nasional (BN) dibekukan walaupun kontrak sudahpun dimeterai. Antaranya Projek Keretapi Laju (High Speed Rail-HSR) yang menghubungkan dua ibukota utama ASEAN iaitu Kuala Lumpur dan Singapura diumumkan oleh Kerajaan BN.

Dalam perancangan Kerajaan BN terdahulu, rakyat Melaka antara penerima manfaat besar daripada projek HSR ini terutamanya apabila Ayer Keroh dijadikan antara 7 stesyen utama.

Malangnya apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin naik sebagai Perdana Menteri, beliau meneruskan agenda PH yang pernah beliau dokongi dengan MEMBATALKAN terus HSR yang menghubungkan Singapura.

Apakah kesannya?

1. Melaka sebagai negeri yang bergantung sepenuhnya kepada industri pelancongan terlepas peluang besar untuk dipacu ekonominya dengan lebih hebat apabila HSR dibatalkan.

2. Pembatalan juga merencatkan perkembangan industri pelancongan Melaka terutamanya pelancong-pelancong daripada Singapura yang membawa bersama potensi kemasukan dana berbillion Dollar Singapura. Ini tidak termasuk pulangan besar kepada ekonomi melaka yang bakal dibawa pelancong asing yang boleh transit ke Melaka untuk beberapa hari dalam perjalanan antara SIngapura-Kuala Lumpur.

3. Integrasi ekonomi dua ibukota ini akan menarik pelaburan asing bernilai tinggi dan bakal mewujudkan lebih 110,000 peluang pekerjaan yang boleh dinikmati bersama oleh rakyat Melaka.

4. Limpahan keuntungan daripada pembangunan Bandar Malaysia yang dianggarkan mencecah lebih RM200 billion juga terlepas daripada untuk dinikmati rakyat Melaka.

5. Jangka panjang, ‘connectivity’ atau jaringan perhubungan yang terbina daripada HSR ini akan melimpahkan kekayaan dan kemakmuran kepada rakyat Melaka di samping menikmati pertumbuhan ekonomi yang pesat.

6. Tempoh pembinaan HSR sendiri akan memberikan peluang pekerjaan di dalam sektor Rel Berteknologi Tinggi kepada anak-anak muda professional lebih-lebih anak Melaka kerana Ayer Keroh adalah antara stesyen utama.

7. HSR akan membawa Pembangunan Berorentasikan Transit (TOD) kepada kawasan-kawasan sepanjangan jajaran HSR seperti pembukaan kawasan-kawasan perumahan, komersil dan industri yang baru, sekaligus boleh mencambah kekayaan rakyat di Melaka.

Namun semua 7 fakta kemakmuran yang direncanakan oleh Kerajaan BN terdahulu begitu mudah dileburkan hanya kerana dendam politik Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional yang akhirnya memangsakan rakyat Melaka.

Bukankah ini satu pengkhianatan terbesar buat rakyat Melaka?

Lebih malang lagi apabila rakyat terpaksa menanggung pula kos sebanyak RM320 juta akibat pembatalan yang dibuat oleh Abah sebagaimana yang didedahkan oleh seorang Menteri Singapura pada bulan Januari 2021 di Parlimen Singapura.

Justeru, wahai rakyat Melaka apakah pengkhianatan seperti ini bukti #AbahSayangMelaka sebagaimana yang terpampang di poster-poster dan Billboard seluruh Melaka ketika ini.

Atau sebenarnya lebih tepat #AbahSailangMelaka?

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pemuda UMNO Malaysia

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.