UMNO & Penyatuan: Fahami Manipulasi Untuk Lemahkan Parti Rosakkan Bangsa

Penyatuan!!!
Perkataan ini amat terkesan sekira ianya digunakan kepada kumpulkan yang “dikatakan” menolak penyatuan. Perlu di beri penjelasan, sekira tidak, ramai yang mempergunakan perkataan ini untuk menarik sokongan kepada hala tuju yang terpesong.

UMNO tidak pernah memungkiri janji di dalam melaksanakan dasar parti, senantiasa berpegang kepada keputusan Mesyuarat yang diambil, apa sahaja gerakan malah desakan sebelum keputusan diambil, ianya adalah optik politik untuk mencapai sesuatu kehendak, namun, keputusan Parti adalah keputusan yang akan diambil menjadi dasar dan hala tuju.

Disiplin mengikut keputusan Majlis Tertinggi Parti sering kali menjadi cakap-cakap di luar, ada yang mengambil keputusan sendiri dan pemahaman sendiri untuk mencapai kehendak kumpulan-kumpulan tertentu, ini menyukarkan lagi pemahaman di akar umbi, lebih buruk lagi, tafsiran yang berbeza-beza.

“Sejarah jangan kita lupa”

Ada beberapa peristiwa besar terjadi semasa BN tidak menjadi kerajaan, ICERD, ROM Statute, Penjualan Hartanah Tabung Haji, sebahagian contoh yang membawa kepada kebangkitan orang Melayu demi menjaga tiang seri negara tercinta, UMNO dan PAS serta NGO Melayu bangkit menjadi “Presure Group” untuk memastikan Kerajaan PH tidak melakukan khianat kepada Perlembagaan Negara.

Ini semua rupanya telah menjadi intipan oleh kumpulan kecil Melayu di dalam PPBM, mereka mengintai dan membuat gerakan memecah belahkan PH dari dalam, malah, mereka mempengaruhi kumpulan Azmin dan Zuraidah untuk terus bergaduh untuk mengkhianati sesama sendiri, hanya untuk kuasa. Kumpulan PPBM dan Azmin, Zuraidah tahu sekira Tun Mahathir menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, mereka akan dijadikan kumpulan “melukut di tepi gantang” kumpulan yang akan diketepikan didalam pentadbiran Anwar Ibrahim. Lalu, pengkhianatan demi pengkhianatan terus dilakukan, memanupulasi Tun Mahathir untuk terus berkuasa.

Di dalam UMNO dan PAS, ketika itu, sudah PASAK diri untuk terus bersetia bersama demi mempertahankan kesucian perlembagaan Negara, jangan kita lupa, ICERD adalah ciptaan PH dan Menterinya adalah Saifuddin, salah seorang yang sedang berada didalam kumpulan yang melompat dan sekarang menjadi menteri luar semula, mana mungkin ianya terjadi sekira “niat” suci mereka untuk melihat tiang seri Negara dijaga! Ianya tidak lain tidak bukan hanya mahukan kuasa.

UMNO dan PAS menandatangni Piagam Muaafakat Nasional demi perjuangan ikhlas untuk melihat Melayu itu tidak berpecah lagi, menjaga bersama tiang seri perlembagaan negara demi untuk merampas semula kepimpinan Negara ini secara bersama, MIC dan MCA serta Sarawak juga sudah bersetuju untuk terus memperkuatkan parti bagi menghadapi PRU 15.

BN dan PAS tidak mempunyai niat untuk menubuhkan kerajaan bersama PPBM. Rombongan Ahli Parlimen BN dan PAS naik bas dua tingkat ke Istana untuk meminta Parlimen dibubarkan.

Kita merancang, mereka juga merancang, melihat kebangkitan ini, kumpulan PPBM dan serpihan PH terus menggunakan “Kuasa” untuk mempengaruhi Ahli-ahli parlimen untuk menubuhkan Kerajaan, ketika itu, untuk mengagalkan Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri, UMNO melalui Majlis Kerja Tertinggi memutuskan memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen melaksanakan langkah terbaik untuk menjaga kepentingan Rakyat, ketika itu, jalan terbaik adalah untuk memilih Tan Seri Muhyddin Yassin sebagai Perdana Menteri, ianya bagi mentadbir Negara sementara sebelum diberi semula mandat kepada Rakyat memilih, tiada Perjanjian Politik diantara Parti selain mewujudkan Kerajaan!

Marathon Politik, masa yang amat panjang sekali sekira menjadi ahli politik ketika ini, saban hari ada sahaja pandangan dan borak politik yang di cartur banyak pihak, yang tidak mendapat jawatan merajuk, yang pegang kuasa pula sibuk mencampuri hal dalaman parti, yang diluar parti pula sibuk mencatur kekuatan, ramai sudah terlupa asas kenapa kita bangkit bersama ketika kita kalah.

UMNO terus kekal untuk memperkuatkan Muaafakat Nasional bersama PAS, UMNO tidak pernah menolak Penyatuan demi kebaikan Ummah, UMNO terus bersetia dengan memastikan Muaafkat Nasional itu terus bergerak dikalangan orang Melayu di kampung-kampung.

Akibat kuasa dan permainan segelintir mereka yang berkuasa, pertalian Muaafakat Nasional ini terus di cemari dengan lakonan baik PPBM. Masa depan orang Melayu terus dijadikan taruhan. Tidak lagi wujud semangat perjuangan jitu.

PRN Melaka.

PPBM bukan mahu menang di Melaka, mereka mahu melihat UMNO dilemahkan di Melaka, mereka sudah meletakan asas kerusi yang tidak akan diterima oleh BN di Melaka, PPBM mahukan 8 Kerusi untuk bertanding, belum masuk lagi PAS dan Gerakan. PPBM mahu bertanding di Masjid Tanah dan Jasin (kerusi kuat UMNO). Stretegik ini memang sengaja dibuat kerana mereka tahu, ini adalah permintaan tidak masuk akal dan akan ditolak oleh UMNO. Lakonan baik PPBM ini ternyata sudah berjaya mengamit PAS untuk bertanding menggunakan logo PN.

Perancangan PPBM untuk mengantikan UMNO tidak pernah luput dalam Grand Design mereka, mereka tidak khuatir dan fokus kepada kerja mereka, tujuan mereka mengantikan UMNO bukan untuk PRN Melaka, tujuan mereka untuk mengantikan UMNO semasa PRU15 nanti.

UMNO tidak pernah penolak penyatuan, kita mesti terus dengan menjaga sempadan dan kesucian Parti ini. UMNO hanya mahu memberikan yang terbaik kepada Rakyat tanpa ada pengaruh pihak lain untuk melemahkan parti UMNO, tidak akan wujud kestabilan politik sekira Negeri Melaka ditakbir dengan formula kuasa separuh-separuh.

Jangan kita lalui apa yang terjadi di Sabah sekali lagi, UMNO tidak pernah menolak Penyatuan, malah ketika BN memerintah, logo BN menyatukan Negara dari Sarawak hinggalah ke Johor.


Razlan Rafii
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.