PRN Melaka Bakal Menentukan Kerjasama Politik PRU Akan Datang – Adnan Seman

Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN Melaka)
1. PRN Melaka pada 20 November ini nampak gayanya akan menyaksikan pertandingan sekurang2nya 3 penjuru antara BN vs PH vs PN berdasarkan kenyataan2 awal yg dikeluarkan PN dan BN. Penamaan calon ditetapkan pada 8 November.
2. Majlis Kerja Tertinggi UMNO akan bermesyuarat pada 28 Oktober dan tentunya perkara ini akan dibincangkan secara mendalam dan keputusan muktamad akan dibawa ke mesyuarat BN.
3. PRU14 yg lalu, BN memenangi 13 kerusi Dun manakala PH pula memenangi 15 kerusi Dun dari 28 kerusi Dun yang ditandingi oleh BN dan PN.
4. Bersatu yag bertanding di 6 kerusi Dun menggunakan lambang PKR memenangi HANYA 2 kerusi Dun iaitu Dun Telok Emas dan Paya Rumput. Kedua2 Dun tersebut dimenangi UMNO/BN pada PRU13.
5. Pas turut bertanding di 24 kerusi Dun Melaka pada PRU14 dan KALAH SEMUA kerusi yg ditandingi termasuk kehilangan kerusi N17 Bukit Katil (Dun Bukit Baru) yg dimenangi pada PRU13. Pas juga kalah di 5 kerusi Parlimen yg ditandingi di Melaka.
6. Maka PRN Melaka kali ini amat menarik untuk dianalisa malah tidak salah untuk mengatakan PRN Melaka ini bakal mengubah dan menentukan landskap kerjasama Politik negara pada PRU-15 terutamanya membabitkan kerjasama politik PN dan BN.
7. Pada PRU13, BN memenangi 23 kerusi Dun Melaka dan kalah 43 undi di kerusi Dun Bukit Baru kepada calon PAS.
8. Pada PRU-14, BN kalah kerusi tradisinya 4 Dun di Machap Jaya, Rembia, Gadek dan Durian Tunggal (Parlimen Alor Gajah) dan di kubu kuatnya kerusi Dun Bemban (Parlimen Jasin).
9. Manakala BN turut kalah kerusi signifikannya dalam kawasan pembangkang di Dun Telok Mas (Parlimen Kota Melaka), Paya Rumput dan Kelebang (Parlimen Tangga Batu).
10. Perlu diingat bahawa PRU14 BN sememangnya bertanding 3 Penjuru dgn PH dan PAS atau calon Bebas di hampir semua kerusi Dun Melaka.
11. PRU-14 juga adalah sejarah Tsunami Politik terbesar negara yg merekodkan catatan sejarah kejatuhan kerajaan BN/Parti Perikatan yg memerintah sejak negara mencapai Kemerdekaan.
15. Sentimen penolakan BN ditambah dengan Manifesto tahap dewa PH pada PRU14 sudah jauh berubah dan selepas beberapa bulan PH memerintah negara harapan pengundi2 terhadap PH jatuh merudum. Ini dapat dilihat dari kekalahan demi kekalahan PH dlm siri Pilihanraya Kecil yg berlaku slps PRU14.
16. Bersatu yang terdiri dari kebanyakan ahli parlimen atau adun yg melompat keluar samada dari UMNO mahupun PKR pastinya akan berdepan cabaran getir mendapat kepercayaan pengundi yg rata kecewa dan marah dgn aktiviti lompat-melompat dan beli-membeli adun mahupun ahli parlimen slps PRU14.
17. Dari sudut yang lain, sejauh mana undi Bersatu ketika bersama PH mampu kekal atau bertambah apabila bersama PAS di dalam PN bakal diuji pada PRN Melaka ini. Ianya juga bakal menentukan dengan ketiadaan undi Bersatu dlm PH mampukah PH mengekalkan 15 kerusi Dun yang dimenangi pada PRU14.
18. Atas kertas saya menjangkakan PRN Melaka kali ini masih penentuan samada BN atau PH yg akan menubuhkan kerajaan. PN berkemungkinan kalah dikesemua kerusi yang mereka tandingi dan jika menang sekalipun dgn jumlah kerusi yg amat kecil.
19. Malah PN sebenarnya lebih bertindak sebagai pemecah undi sekiranya 3 penjuru menjadi kenyataan.
20. Sebagai tambahan kemasukan calon Bebas terutamanya calon2 muda dari MUDA akan turut memberi sedikit sebanyak impak dlm pemecahan undi dan keputusan PRN Melaka itu nanti.
Impak PRN Melaka
21. Sekiranya UMNO/BN memenangi PRN Melaka walaupun tidak bekerjasama dgn PN ianya akan membuktikan bahawa BN masih pilihan majoriti rakyat yang mahukan kestabilan politik dan ekonomi yang pernah dikecapi sebelum PRU14.
22. Selain itu juga ianya akan meningkatkan lagi keyakinan UMNO/BN utk juga mengambil keputusan yang sama pada PRU15 iaitu bertanding tanpa kerjasama dengan PN.
23. Manakala PAS tentunya akan menilai semula kerjasama politik mrk dgn PPBM dan keberadaan mereka di dalam PN kerana jika BN tetap menang tanpa kerjasama dgn PN pada PRU15 ianya juga bermakna tiada kerjasama dgn PAS yang berada di dalam PN.
24. Kekalahan PN pada PRN Melaka juga akan menunjukkan kpd PAS bahawa impian PN menggantikan BN sebenarnya sukar dicapai malah ianya juga sebenarnya akan merugikan PAS dalam jangka masa yang panjang. Kerjasama dengan Bersatu lebih merugikan berbanding kerjasama dengan UMNO/BN.
25. Sekiranya PH pula yang menangi PRN Melaka maka BN dan PN susah semestinya perlu menilai semula keputusan bertembung sama sendiri kerana keputusan yang sama boleh berlaku pada PRU15.
26. Ternyata PRN Melaka bakal menentukan kerjasama politik pada PRU15.
Sekian. Selamat berhujung minggu.
Datuk Adnan Seman
Timbalan Ketua UMNO Bandar Tun Razak
https://www.facebook.com/100044685122347/posts/411576913675143/?d=n
@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.