Kerajaan Gagal … Rakyat Sedih Dan Marah

Ramai bertanya bahkan macam-macam spekulasi timbul bila saya memuat-naik status “Saya Sedih dan Marah…).

Kenapa Saya Sedih?

– Saya sedih dan amat berdukacita kelmarin, kerana dalam tempoh tidak sampai dua minggu saya kehilangan 5 rakan sepengajian UIA akibat Covid. Dalam tempoh sebulan saya juga kehilangan ramai sanak saudara, kenalan dan sahabat handai.

– Saya sedih kerana angka kematian setiap hari mencanak naik hingga mencecah jumlah keseluruhan rakyat Malaysia yang mati akibat Covid-19 ialah 11,373.

Kenapa saya marah?

Saya bukan marah atas kehilangan sahabat-sahabat saya, kembalinya ke pangkuan Ilahi. Sebagai seorang mukmin kita pasrah akan takdir Ilahi.

Saya marah kerana:

1.Saya marah kerana angka kematian yang mencanak naik sehingga 11,373 orang ini, boleh kita elakkan jika Kerajaan buat TOTAL LOCKDOWN betul-betul sejak dari awal. Berbanding negara lain, makin lama lockdown, makin tinggi pula kes Covid.

2.Saya marah kerana ada suara sumbang yang memberikan alasan membandingkan negara lain lebih ramai yang mati berbanding Malaysia.

3.Saya marah kerana Kerajaan macam acuh tak acuh dalam buat tindakan preventif, 3 bulan rakyat dikurung sejak PKP 3.0, tapi kilang-kilang penyebab utama penularan virus dibenarkan dibuka.

4.Saya marah kerana dalam keadaan kes makin meningkat dengan varian baru yang lebih ganas termasuk varian Delta Plus dan varian Lambda, Kerajaan beri pula kelonggaran kepada pengembara luar yang pulang tanpa perlu kuarantin di Pusat Kuarantin Kerajaan dan hanya perlu kuarantin di rumah.

5.Saya marah kerana Kerajaan sampai hari ini membutakan mata dan menulikan telinga akan keresahan rakyat sehingga tidak ada satupun #TuntutanRAKYAT berkaitan i-Citra RM10,000 one-off, moratorium tanpa faedah, moratorium LPPSA, tuntutan untuk naikkan jumlah BPN, BKC dll tidak dilayan.

Ketua Pemuda UMNO

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.