Olimpik Tokyo 2020: Selamat Berjuang Kontinjen Malaysia – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan selamat berjuang buat Kontinjen Malaysia dalam memburu kilauan emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Katanya, seluruh rakyat Malaysia bersandar harapan dalam mengharumkan nama negara di persada dunia.

“Semangat kami 32 juta rakyat Malaysia tidak akan luntur dan sentiasa mengiringi perjuangan wira negara

“Sekalung tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan atas usaha serta komitmen kementerian dalam memastikan yang terbaik buat kontinjen Negara.

“Selamat berjuang,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod, Malaysia telah menghantar 30 atlet yang akan menggalas cabaran ke temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan bermula pada 23 Julai ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.