Angka Harian COVID-19 Meningkat Kepada 13,034 Kes – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Kes baharu COVID-19 di negara ini kembali meningkat kepada 13,034 kes berbanding 11,985 kes yang dicatatkan semalam.

Selangor kekal menjadi negeri yang mencatat kes harian paling tinggi iaitu 6,049 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam ciapan menerusi akaun Twitternya berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara setakat ini adalah 964,918 kes.

Kuala Lumpur pula merekodkan 1,611 kes; Johor (791); Negeri Sembilan (711); Kedah (701); Sarawak (644); Sabah (497) dan Terengganu sebanyak 391 kes.

Pulau Pinang merekodkan 371 kes; Melaka (353); Pahang (261); Kelantan (240); Perak (284); Putrajaya (100); Labuan (24); dan Perlis (enam).- BERNAMA

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.