YKI Sumbang Peralatan Bernilai RM45,000 Kepada HTAR – Dr Najmil

KUALA LUMPUR, 21 Julai – Pengerusi Yayasan Kebajikan Insan (YKI), Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris mengambil inisiatif menghulurkan bantuan peralatan bernilai RM45,000 kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang sebagai salah satu langkah menyokong petugas kesihatan yang berhadapan cabaran besar dalam memerangi COVID -19.

Jelasnya, antara sumbangan yang disampaikan ialah mesin penapis air, pelitup muka pembedahan, kerusi, cecair pembasmi kuman, Vitamin C dan bakul spesimen darah.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu petugas kesihatan dalam memerangi COVID-19 dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu sentiasa menyokong usaha mereka.

“Kita sedia maklum bahawa kes positif COVID-19 meningkat sejak akhir ini,” katanya menerusi satu kenyataan kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO menjelaskan beban dan tanggungjawab yang dihadapi petugas kesihatan juga bertambah dan kini mereka semakin kepenatan serta keletihan.

“HTAR Klang merupakan antara benteng negara dalam berperang dengan pandemik ini. Bilangan kes harian di Selangor mencecah 4,000 sehari menjadikan HTAR semakin sesak dengan pesakit,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.