Syabas, Terima Kasih ‘Frontliners’… Pengorbanan Demi Pertiwi Amat Dihargai – Ahmad Zahid


KUALA LUMPUR, 21 Julai – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengorbanan para barisan hadapan negara amat dihargai dan disanjungi apabila mereka tetap berkhidmat pada sambutan Hari Raya Aidiladha demi bakti kepada pertiwi.

Ujarnya, para ‘frontliners’ kesihatan, keselamatan, pengangkutan, penghantaran dan ramai lagi termasuk petugas pasaraya, restoran makanan segera dan lain-lain juga
mengambil risiko dengan kes jangkitan COVID-19 yang sangat tinggi demi melaksanakan amanah dan tanggungjawab.

“Syabas dan terima kasih rakyat Malaysia ucapkan kepada anda semua. Menterjemahkan erti sebuah pengorbanan itu, dengan pelbagai pengertian.

“Cekal menjalankan tanggungjawab pada Aidiladha bagi memastikan keperluan rakyat dipenuhi, maka demikian semangat sambutan Hari Raya Aidiladha berkait dengan mereka jua, iaitu sebuah pengorbanan demi kebaikan dan ketakwaaan kepada Yang Maha Esa,” katanya dalam hantaran menerusi laman facebooknya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) juga menghargai barisan hadapan yang bukan muslim dalam melaksanakan tanggungjawab.

“Begitu juga barisan hadapan bukan muslim pengorbanan anda sentiasa diingati. Tetapkan semangat dan jangan sesekali mengalah dengan ujian dan cabaran sedang dihadapi.”

“Lumrah kehidupan manusia berdepan pelbagai dugaan namun pada akhirnya mendewasakan,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut menyertakan pepatah berbunyi:

Sacrifice is a part of life. It’s supposed to be. It’s not something to regret. It’s something to aspire to.

Sebelum itu beliau turut menyertakan petikan dari Surah at-Taubah, ayat 105:

Katakanlah wahai Muhammad: Beramallah kamu (akan segala yang di perintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.