Perbaiki Segera Keadaan, Elakkan Rakyat Terjerumus Jenayah Survival
KUALA LUMPUR, 19 Julai – Kerajaan perlu segera memperbaiki keadaan supaya tidak lebih ramai terjerumus ke dalam jenayah survival.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata memperbaiki keadaan bukan sekadar kerajaan menyediakan bakul makanan menggunakan dana sumbangan swasta.
Namun begitu jelasnya ianya inisiatif yang dihargai tapi sampai bila dan itu solusi bersifat sementara serta negara perlukan penyelesaian yang konkrit dan komprehensif.
“Bos pasar raya Mydin sekali lagi menyuarakan tentang kehidupan rakyat di negara ini semakin tenat. Katanya ada rakyat Malaysia sanggup mencuri di pasar raya disebabkan kesusahan hidup.
“Paling menyedihkan mereka bukan curi barang berharga mahal elektronik, pakaian atau seumpamanya. Sebaliknya mencuri sayur-sayuran untuk dijadikan sebagai makanan mengalas perut.
““Dalam situasi sekarang orang mencuri tapi dia ambil makanan, dia ambil sayur. “Dia kata untuk masak dan dia sangat malu ketika saya bertanya”. Benar kita sama sekali tidak menyokong perbuatan jenayah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Bagaimanapun dalam diri setiap insan pasti ada nilai perikemanusiaan,” katanya menerusi catatan di Facebook.
Tambah Ahmad Zahid lagi, Kita kena mendengar cerita tentang keadaan rakyat dan berusaha memahami realiti negara ketika ini dan pada masa yang sama tidak boleh terus bermain politik dengan mengerahkan propaganda menidakkan hakikat.
“Cuba mengalih dan mengaburi rakyat daripada permasalahan yang sedang berlaku. Wajib segera memperbaiki keadaan supaya tidak lebih ramai terjerumus dalam jenayah survival.
“Penularan wabak perlu diatasi secepat mungkin dan ekonomi dipulihkan pada kadar segera. Telah lebih setahun mereka yang menguruskannya gagal maka sesuatu perlu dilakukan,” ujarnya.- UMNO Online