Azhari Harap Negara Keluar Daripada Pandemik Menjelang Hujung Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Shaari bukan sahaja berkongsi kerisauan dengan kadar jangkitan COVID-19 di negara ini, malah turut berkongsi data dan mengharapkan keadaan tersebut pulih selewat-lewatnya menjelang hujun tahun ini.

Beliau yang mengambil inisiatif mengumpul sendiri data berkaitan perkara berkenaan seterusnya menambah rakyat juga sudah mula letih dan penat.

Malah tambahnya lagi para peniaga juga sudah mula mengeluh dan ramai telah mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan punca pendapatan.

“Ini adalah data jumlah saringan setiap hari dan jumlah peratus yang dijangkiti COVID-19 sejak 1 Jun 2021 sehingga semalam.

“Menurut data yang saya kumpulkan ini jumlah saringan yang telah dibuat sudah meningkat melebihi 100, 000 ujian setiap hari sejak 13/7/2021 lepas. Peratus yang dijangkiti masih lagi di tahap purata 9% dan kemungkinan boleh mencecah 10% jika tidak kawal dengan baik.

“Bagi saya ini adalah perkara serius kerana saya risau pihak KKM boleh lumpuh jika kerajaan tidak dapat kawal COVID-19 ini dengan baik,” katanya menerusi catatan di Faceboom.

Kata beliau lagi WHO sendiri mengesyorkan sepatutnya positivity rate perlu dibawah 5% tetapi Malaysia sudah hampir cecah 10% dimana ianya dua kali ganda.

“Rakyat juga sudah mula letih dan penat. Saya doakan Malaysia akan selamat dan keluar dari pandemik ini selewat-lewatnya hujung tahun ini,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.