Percepat Dan Permudahkanlah Bantuan, Rakyat Makin Susah – Dr Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menggesa kerajaan agar percepatkan dan permudahkanlah bantuan kerana rakyat semakin susah.

Ujarnya, dalam pertemuan dengan menteri Kewangan baru-baru ini, beliau juga telah menerangkan berkaitan perkara tersebut.

“Semasa bertemu dengan Menteri Kewangan, saya terangkan kenapa rata-rata M40 yang minta percepatkan i-Citra dan dinaikkan kepada minima RM10,000 secara lump-sum?”

Tegasnya, ini adalah kerana:

1. M40 paling teruk terkesan, ramai kena buang kerja, cuti tanpa gaji, berniaga lingkup
2. M40 sering tertinggal dapat bantuan tunai; bila bising baru umum BKC RM250
3. M40 paling banyak komitmen hutang yang perlu dilangsaikan
4.M40 dikalangan kerja sendiri atau swasta antara paling banyak simpanan dalam KWSP.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan dalam laman facebooknya, berkaitan hal terbabit. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.