Merekayasa Ekonomi Malaysia… Sediakan Rakyat ‘Skills To Succeed’

Foreign Affairs dalam terbitan terbarunya mengisytiharkan bahawa SAR-Cov-2 adalah ‘virus forever’. Ia akan menjadi sebahagian dari peneman kehidupan manusia, abadi dan tidak akan hilang selamanya.

Kita mesti bersedia dengan paradigma baru bahawa pandemik ini akan menjadi endemic(selesema biasa). Strategi pemulihan kita harus dirumus dengan pemikiran sebegini.

Dalam masa terdekat, kita mesti meningkatkan pengumuman dan memviralkan jumlah vaksinasi dan ‘booster doses’ harian dan peratusan rakyat yang sudah menerima vaksin. Ia adalah strategi meningkatkan keyakinan!

Kedua, ikhtiar memulihkan negara mesti berlaku sekarang. Bukan menunggu pelbagai fasa yang diumumkan. Bersedialah untuk membuka ekonomi kita kepada 17% mereka yang telah di vaksinasikan penuh.

Benarkan mereka bekerja, belajar, merentas daerah, ke masjid dan berniaga dengan syarat protocol kesihatan yang ketat dan jelas. Kita tidak boleh terus menunggu sehingga semua untuk divaksinasi.

Bermulalah sekarang dan secara perlahan kerana itulah manifestasi bahawa kita percaya kepada solusi sains melalui vaksinasi. Peningkatan aktiviti ekonomi dan sosial akan berlaku dengan kecepatan vaksinasi, Insya-Allah.

Ketiga, pandemik ini menyedarkan kita bahawa tenaga kerja kita memerlukan skill berlainan bila sektor ekonomi di buka secara total. Sebahagian tenaga kerja mesti dilengkapkan dengan ‘rare and super skills’.

Sistem, kemahiran, sikap dan budaya kerja kita tidak lagi boleh ‘changeless’. Ekonomi Malaysia menjadi parah dan meleset dengan deras kerana kebanyakan tenaga kerja kita adalah dalam ‘non-essential services’.

Mereka tidak berada dalam sektor kewangan, maha data, teknologi maklumat serta teknologi termaju. Kerana itu ‘work from home’ itu tidak boleh dijayakan dengan berkesan.

Tidak seperti Singapura di mana kebanyakan tenaga kerjanya adalah dalam ‘essential services’ dan mereka boleh bekerja dengan efektif walau di mana jua.

Lalu segera sediakan rakyat kita dengan ‘skills to succeed’. Program ‘upskilling’ dan ‘reskilling’ boleh dilakukan sekarang. Usah tunggu hingga semua sektor dibuka baru ingin dilatih semula tenaga kerja. Latih mereka semasa mereka berada dirumah waktu ini dan dengan kemahiran kalis masa depan.

Akhirnya, pembukaan pelbagai sektor ekonomi dan sosial memerlukan kita menggunakan pelbagai teknologi termaju secara besar-besaran dan segera. Berikan pelbagai insentif untuk digitilisation dan apa jua peralihan kepada ‘mechanisation’, kepintaran buatan (AI) dan ‘robotic technology’.

Inilah peluang keemasan untuk Malaysia merekayasa ekonominya, didorong dengan teknologi dan innovasi dan meninggalkan orientasi abad lepas dalam sistem ekonominya yang lapuk.


Dato Seri Utama Mohamad bin Haji Hasan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.