Masa Untuk Desak Percepat RCI Tommy Thomas… Naratif Kluster Mahkamah Dimulakannya – Shabery

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Hari ini Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendapat pengadilan apabila mahkamah membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta dengan alasan hakim Mahkamah Tinggi tidak memiliki arah yang jelas dan tersalah arah.

Berikutan itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata bahawa inilah masa untuk mendesak percepatkan RCI terhadap Tommy Thomas.

“Naratif ‘cluster’ mahkamah bermula darinya,” katanya dalam hantaran pendek menerusi laman facebooknya, hari ini.

Terdahulu beliau mengucapkan tahniah kepada Tengku Adnan atas keputusan mahkamah rayuan yang berpihak kepadanya.

“Mendapat kata-kata baru hari ni… ‘kalau niat kuasa kamu hanya untuk melihat musuh kamu dipenjara, mungkin kamu dulu dipenjara. Bukan hanya kamu, tapi keluarga kamu dan seluruh negara kamu…” katanya yang merujuk kepada keputusan mahkamah terbabit.

Dilaporkan, pada zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, banyak pendakwaan bersifat terpilih atau pendakwaan politik.

Selain daripada Tengku Adnan, antara barisan kepimpinan lain dalam BN ialah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak; Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.