Mahkamah Batal Sabitan Bersalah Tengku Adnan, RM2 Juta Sumbangan Politik

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor daripada tuduhan rasuah dengan membatalkan sabitan bersalah terhadap kes beliau.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Tengku Adnan dalam prosiding hari ini dengan keputusan majoriti dibuat oleh pengerusi Suraya Othman dan Ahmad Nasfy Yasin, yang memutuskan RM2 juta yang diterima Tengku Adnan adalah sumbangan politik untuk dua pilihan raya kecil (PRK).

Panel hakim bersetuju bahawa keputusan yang dibuat berdasarkan keterangan Tan Sri Chai sebelum ini dan keterangan daripada pegawai sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Saad Bordani yang mengesahkan sumbangan wang sumbangan tersebut adalah sumbangan politik.

Datuk Suraya mendapati bahawa keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohd Zaini Mohd Mazlan tidak memiliki arah yang jelas dan tersalah arah.

Pada 21 Dis tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan menjatuhkan hukuman terhadap Tengku Adnan, penjara 12 bulan dan mengenakan denda RM2 juta, selepas beliau didapati bersalah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.