Puteri UMNO Kecam Tindakan Keganasan, Tiada Kompromi Penderaan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Puteri UMNO Malaysia menzahirkan rasa sedih dan mengecam keras sebarang tindakan keganasan terhadap siapa sahaja insan tidak bersalah terutamanya wanita dan kanak-kanak istimewa.

Ketuanya Zahida Zarik Khan berkata akhir-akhir ini viral kejadian penderaan kanak-kanak istimewa dilaporkan berlaku di rumah pengasuhnya.

“Puteri UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan mereka yang melakukan penderaan fizikal mahu pun mental.

“Setiap kes penderaan mesti disiasat dengan teliti oleh pihak berkuasa, dan si pelaku mesti diheret ke muka pengadilan, tidak ada siapa yang kebal dari dikenakan tindakan undang-undang.

“Justeru itu kami menasihati para penjaga selaku pelindung kepada insan istimewa untuk terus memberikan kasih sayang sebaiknya kepada anak-anak di bawah jagaan mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, tular sebuah video nasib malang yang dihadapi seorang kanak-kanak orang kelainan upaya (OKU) yang didera oleh individu yang menjaganya. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.