Berhati-hatilah Dengan Percaturan Dan Propaganda Lawan, Bijak Menilai Kelicikan Musuh – Presiden

KUALA LUMPUR, 30 Jun – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati pendukung parti agar berhati-hati dengan percaturan dan propaganda pihak lawan.

Ujar Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), semua ahli juga perlu bijak menilai kelicikan musuh.

“Tidak benar mereka mahukan yang terbaik untuk UMNO. Awas kepada muslihat dan tipu daya.

“UMNO tetap UMNO. Pemimpin dan ahli akar umbi UMNO yang tahu apa terbaik untuk UMNO.

“Insya-Allah UMNO berada di landasan yang tepat. UMNO ada strategi dan bangkit. Kepada Allah SWT kita berserah dan memohon pertolongan,” ujarnya dalam satu perkongsian di Facebook.

Ahmad Zahid juga menyeru semua pimpinan dan ahli UMNO supaya terus fokus kepada kerja-kerja memperkasakan parti.

“Usaha mengadu domba tidak akan melemahkan dan memecahbelahkan kita. Tidak akan mengalih tumpuan kita daripada usaha menjulang kembali UMNO.

“Semangat dan persiapan UMNO berdepan PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) tetap bingkas dan terus mara. Pimpinan dan ahli UMNO akan terus mengambil berat keadaan rakyat dan negara,” katanya.

Seterusnya, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut menyeru supaya semua berusaha semampu boleh untuk membantu rakyat walau dalam kapasiti yang terhad. – UMNO ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.