Rakyat Barisan Hadapan Tangani COVID-19, Ayuh Terus Bangkit – Adzly Manas

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Ramai warga kota yang telah mendapat suntikan vaksin COVID-19 dan bahkan ramai yang di bawah 50 tahun juga telah selesai mendapatkan dos mereka, kata Setiausaha Agong Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota (PERKATA), Adzly Ab Manas.

“Ayuh warga kota, kita tingkatkan semangat perjuangan untuk hidup aturkan gerak kerja untuk kembali maju, kita keluar dari zon selesa dan lakukan perubahan.

“Warga kota khasnya orang Melayu kini tertekan akibat kos sara hidup yang tinggi, ekonomi yang semakin kecil peluang bertahan dalam perniagaan semakin getir, peluang pekerjaan semakin sedikit, maka ramai sedang merana,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Tegas Adzly yang juga Ketua Peguam Sukarelawan UMNO, rakyat sebenarnya adalah barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19 yang belum ada kesudahan lagi.

“Mereka wajib ke depan, mereka inilah tentera dibarisan hadapan kita. Anda adalah seorang pejuang sejati…. Ayuh bangkit!!

“Selamatkan Malaysia demi negara Malaysia tercinta… tiada alasan lagi jika kita berdiam diri,” tegasnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.