Tiada Mesyuarat Menteri UMNO Bersama Presiden, Khabar Angin Semata – SUK

KUALA LUMPUR, 15 Jun – “Tiada ‘meeting’. Hanya sekadar khabar angin,” tegas Setiausaha Kerja UMNO Datuk Mohd Sumali Reduan di Twitter.

Demikian penafian yang dibuat oleh Mohd Sumali berhubung kononnya ada satu mesyuarat antara Menteri-menteri UMNO bersama Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.


Sumali memberi maklum balas demikian merujuk kepada laporan dari portal SuaraTv yang mendakwa menteri UMNO akan mengadakan mesyuarat dengan Ahmad Zahid pada jam 3.00 petang ini di Bangunan UMNO, di sini.

Seterusnya menurut portal itu lagi, mesyuarat tersebut diatur secara mengejut oleh Menteri Kanan Keselamatan yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.