Parlimen Disaran Bersidang Secara Bersemuka Dengan Imuniti Berkelompok

KUALA LUMPUR, 15 Jun – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar sidang Parlimen dapat diadakan secara bersemuka dengan imuniti berkelompok.

Dalam satu perkongsian di Twitter awal pagi ini, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata ini memandangkan semua ahli Parlimen telahpun mendapat vaksinasi.

“Staf Parlimen wajar juga divaksinasi.

“Atau hanya staf Parlimen, pegawai dan media yang sudah disuntik vaksin dua dos sahaja boleh masuk,” ujarnya lagi.

Justeru itu katanya, tidak perlu kepada sidang hibrid dan ia juga boleh diamalkan untuk negeri-negeri bagi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Minggu lalu, kerajaan sedang mengkaji konsep dan mekanisme ke arah pembukaan semula Parlimen secara hibrid yang membabitkan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Sebelum ini, UMNO dan beberapa pihak konsisten menggesa kerajaan agar membuka kembali sidang Parlimen bagi membincangkan dan mencari jalan penyelesaian berkaitan kepentingan rakyat terutama ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.