Pelan Pemulihan Ekonomi Perlu Lebih Holistik

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ketua UMNO Shah Alam Datuk Azhari Datuk Shaari berharap pelan pemulihan disegerakan kerana tempo sekarang amat perlahan disebabkan fokus lebih kepada pengurusan pandemik.

Menurut beliau perancangan yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan supaya rakyat bukan hanya sekadar tertanya-tanya malah akan dapat melihat serta merasai pelaksaan tersebut.

“Lakukan perancangan holistik melibatkan semua pihak kerana rakyat semakin bimbang jika bencana ekonomi seiring dengan bencana COVID -19.

“Hampir setahun lebih Perikatan Nasional (PN) mentadbir negara. Mentadbir dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Darurat bukanlah mudah. Apa yang menjadi isu dalam kalangan rakyat apabila Kerajaan PN baru hendak memulakan Pelan Pemulihan Ekonomi pasca COVID -19 ,” katanya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Tambah Azhari lagi, walaupun sebelum ini pelan bantuan untuk rakyat ada disalurkan namun rakyat masih tertanya-tanya pelan jangkapanjang untuk memastikan rakyat mempunyai pekerjaan dan sumber rezeki.

“Graduan beribu-ribu dihasilkan sepanjang setahun lebih ini namun siapa yang hendak mengambil mereka bekerja di saat perang melawan pandemik belum selesai,” ujarnya.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.