Aktiviti Jahat Penularan Infografik Palsu, Sentiasa Rujuk Pimpinan UMNO


KUALA LUMPUR, 11 Jun – Ibu pejabat UMNO melalui Jabatan Penerangan maklum satu aktiviti jahat penularan infografik palsu mengandungi gambar pimpinan utama parti bersama presiden parti-parti pembangkang (Pakatan Harapan) dengan slogan ‘Jajaran Harapan’.

Pasukan Respon JKS Penerangan memaklumkan bahawa, Ibu Pejabat menasihati ahli agar sentiasa rujuk pimpinan peringkat Bahagian, Negeri mahupun Pusat bagi kesahihan sesuatu berita atau info yang diterima. – UMNO Online