Menteri Jangan Berlakon Bila Turun Ke Akar Umbi – Puad

KUALA LUMPUR, 9 Jun – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi berpandangan menteri perlu berhati-hati apabila turun ke akar umbi.

Jelas beliau rakyat boleh nelihat serta boleh menilai mana pemimpin yang ‘ori’ dengan pemimpin yang hanya sekadar berlakon apabila turun berjumpa rakyat.

“Hendak tunjuk perihatin, tamatkan darurat, buka Parlimen, perjuangkan moratorium, pakej bantuan yang lebih menyeluruh dan percepatkan vaksinasi.

“Ketika ini rakyat beremosi, marah dan kecewa. Menteri perlu berhati hati. Jangan suka suka ke tempat publik untuk tunjuk perihatin. Rakyat tahu menilai pemimpin ori yang berjiwa rakyat. Jangan over dan nampak berlakon bila turun ke akar umbi,” katanya menerusi catatan di facebook.

Kata beliau lagi langkah berkenaan jika tidak kena gayanya akan terjadilan sepertimana presiden Prancis.

“Silap silap kena tampar macam Presiden Perancis. Semoga rakyat Malaysia tidak begitu. Baca link.

https:www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/dunia/2021/06/09/2.

“Tak payahlah tanya, kamu sehat? Bisnes ok hari ini? Duit BPN dah dapat? Jangan tayang makan maggie dan sebagainya,” ujar beliau. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.