Pemuda Teruskan Agenda Bantu Rakyat Selain Menjadi Jurubicara Rakyat- Dr Asyraf

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Pergerakan Pemuda UMNO tetap menggerakkan seluruh 191 bahagian-bahagian di Malaysia dan sukarelawan Skuad Sabil untuk menyusun agenda #PemudaBantuRakyat dengan pelbagai inisiatif yang memfokuskan masyarakat yang sukar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Jelas beliau, walaupun pandemik belum berakhir namun Pemuda UMNO sentiasa menggerakkan pemudanya untuk sentiasa membantu rakyat.

“Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Ipoh Timur, Larut, Besut, Ayer Hitam, Batu, Tampin, Merbok, Setiawangsa, Jasin, Tangga Batu, Gombak, Kubang Pasu, Puchong, Johor Bharu, Parit Sulong, Taiping, Kluang, Setiu, Ampang, Port Dickson, Balik Pulau, Langkawi, Pasir Gudang, Kuala Krau, Bakri, Sepang, Indera Mahkota, Tumpat, Shah Alam, Silam, Taiping, Jelutong, Jempol, Gua Musang, Kimanis, Selayang, Tapah, Alor Gajah, Tasek Gelugor, Kota Raja, Petaling Jaya dan banyak lagi bahagian-bahagian di seluruh Malaysia.

“Tahniah kepada semua, saya bangga dengan kalian! Semoga kita terus istiqamah dalam membantu rakyat dan yang penting jaga diri, patuhi SOP (prosedur operasi standard). Mudah-mudahan Allah memberkati segala usaha dan perjuangan kita ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah beliau lagi pelbagai inisiatif dilakukan termasuklah mengagihkan pertolongan asas, bakul makanan kepada golongan yang memerlukan, sukarelawan bagi program vaksinasi masyarakat, sanitasi nyahkuman secara bebas di tempat-tempat awam.

“Bantuan kanak-kanak untuk orang sakit, penyediaan perkhidmatan perkhidmatan percuma bagi pengguna pesakit COVID yang telah discaj dari pusat kuarantin dan pelbagai inisiatif lain yang sangat bermanfaat untuk membantu dan membela rakyat tatkala berdepan dengan musim pandemik ini,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.