Bantuan Anggota Polis Dihargai, Besar Erti Kemanusiaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada anggota unit rondaan bermotorsikal (URB Seapark 18) polis Petaling Jaya, Selangor yang membantu seorang penunggang motosikal warga emas yang sedang kehabisan petrol di bahu jalan.


Katanya, bantuan anggota polis terbabit mungkin tampak kecil, tapi nilainya sangat besar dalam perspektif kemanusiaan.


“Kebaikan adalah kemampuan untuk mengetahui apa yang harus dilakukan dan ada keberanian untuk penggunaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menjelaskan bantuan anggota polis terbabit bukti kepada kuasa dan pangkat adalah amanah serta tanggungjawab tanpa mengira waktu dan keadaan.


“Bukannya kemegahan, kesombongan, keangkuhan dan kebanggaan yang selalu dipamerkan, tetapi mereka selalu membantu disaat kita memerlukan.

” Walau apa jua gaya dan seragam dipakai, kita sama-sama insan di sisi Tuhan perlu saling membantu atas kebaikan. Terima kasih kepada anggota polis Unit Rondaan Bermotorsikal (URB Seapark 18).

“Kepada URB PDRM seluruh Malaysia di jua berada, saya doakan semoga selalu dalam perlindungan dan limpahan rahmat dari Allah SWT,” katanya. 

Terdahulu beliau turut menyertakan pepatah: “Kindness is the ability to know what the right thing to do is and having the courage to do it.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.