Kerajaan Tak Ada Duit… Siapa Suruh Buat Darurat Gantung Demokrasi Hingga Pelabur Tak Masuk – Najib

KUALA LUMPUR, 6 Jun – Semalam, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengaku pakej bantuan PERMERKASA adalah sedikit sahaja sebab kerajaan tak ada duit selepas hasil kerajaan turun akibat PKP demi PKP yang tak sudah-sudah?

Sehubungan itu, bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempersoalkan siapa suruh buat Darurat untuk gantung demokrasi sehingga pelabur tak masuk dan hasil kerajaan semakin berkurang?

Ini kerana katanya, Malaysia satu-satunya sahaja di dunia yang buat darurat untuk gantung demokrasi dengan alasan nak lawan COVID.

“Paling gagal ialah, dengan kuasa penuh darurat dan kuasa berbelanja sesuka hati selama lima bulan, keadaan COVID menjadi enam kali lebih parah.

“Siapa suruh korang tak buat PKP 2.0 dengan lockdown betul-betul seperti didesak saya berulang-kali semasa kerajaan masih ada duit dan rakyat masih terima duit i-Sinar dan i-Lestari?

“Kamu tak nampak ke bahawa negara-negara lain yang tegas dengan lockdown seperti Australia dan China ‘booming’ ketika ini tapi kita pulak kena ‘ikat perut’,” katanya menerusi hantaran dalam laman facebooknya.

Jelas Najib, Menteri Kewangan PN juga kata hasil kerajaan turun sebab GST sudah tiada, jadi, ruang untuk bantu rakyat pada masa terdesak menjadi sempit.

“Eh.. siapakah individu-individu yang beria-ria turun ke jalanraya untuk menipu rakyat yang akhirnya mansuhkan GST?

“Mereka sudah jadi ketua-ketua kerajaan PN sekarang, kan? Akhirnya, Guan Eng…. maaf., Tengku Zafrul kata kerajaan tak ada duit sebab kena bayar hutang 1MDB sebanyak RM40 bilion.”

Bidas Najib, paling pelik ialah hutang 1MDB turun semula ke RM40b selepas dia kata RM50b beberapa hari dulu walaupun ianya sebenarnya RM32.2 bilion.

“Bertukar-tukar mengikut keadaan semasa ye? Tapi, wang RM35.3 bilion setakat ini yang dikembalikan berkait 1MDB, kamu tak nak sebut? Kenapa pula tak guna dana RM35.3 bilion diterima setakat ini sahaja untuk melangsaikan sepenuhnya hutang RM32.2 bilion 1MDB dengan serta-merta supaya alasan ini tidak boleh lagi digunakan pada masa depan?

“Aset-aset 1MDB dan penjimatan dari penyelesaian perjanjian IPP berat sebelah ketinggalan PM4 oleh 1MDB yang bernilai cecah RM150 bilion, kamu tak mahu sebut? Wang sebanyak RM600 bilion dari kekayaan ditinggalkan kerajaan BN dahulu yang dibelanjakan oleh kerajaan PN seperti diakui PM8, kamu lupa?”

“Dana diperolehi kerajaan melebihi RM120 bilion melalui pinjaman baru, penjualan aset dan menghakis tabung KWAN ketinggalan BN dalam lima bulan pertama tahun 2021 ini sahaja, kamu lupa?”

Tegasnya, sikit-sikit salah 1MDB pula yang sebiji dengan menteri salah titik perpuluhan dahulu.

“Malah, keseluruhan dana RM5 bilion yang kerajaan PN korek dari Tabung KWAN untuk membiayai program vaksinasi COVID yang akan menyelematkan negara juga dibina oleh kerajaan BN apabila nilai tabung KWAN meningkat dari RM4 bilion masa saya jadi PM ke RM17 bilion semasa PRU14. Korang faham, tak?” katanya lagi.

Terdahulu Najib turut menyertakan berkaitan penjelasan penuh hutang 1MDB menerusi
https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157928761680952/?d=n.UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.