Ahmad Zahid Seru Masyarakat Mainkan Peranan Bendung Penularan COVID-19, Patuhi Peraturan

KUALA LUMPUR, 3 Jun – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru anggota masyarakat untuk memainkan peranan dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Katanya, jika tiada keperluan jangan keluar rumah dan jangan cuba rentas negeri atau daerah untuk sebab-sebab yang bukan mendesak.

“Lihatlah betapa besar cabaran para barisan hadapan kita dalam usaha membendung penularan COVID-19,” katanya dalam hantaran di laman facebooknya dengan menertakan video para petugas keselamatan berhujan dengan khemah mereka hampir diterbangkan angin.

Ujar Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), anggota polis dan tentera siang dan malam bertugas untuk memastikan langkah-langkah menangani wabak itu berjaya.

“Saya percaya jika boleh mereka juga mahu sentiasa bersama keluarga pada waktu-waktu sukar begini.

“Namun demi negara dan kemaslahatan masyarakat, mereka gigih menggalas tanggungjawab walau dibadai ribut petir,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon agar beri kerjasama penuh kepada anggota polis dan tentera kita di SJR walaupun ada surat kebenaran untuk merentas.

“Perlu semat dalam fikiran mereka sedang cuba membantu kita, sama sekali bukan mahu menyusahkan kita.

“Fahami kita sedang berperang dengan musuh yang tidak terlihat COVID-19,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.