Akar Umbi ‘Stakeholder’ Utama UMNO, Pimpinan Wajib Jaga Kepentingan Jutaan Ahli

KUALA LUMPUR, 19 April – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi maklum berkenaan suara-suara mendakwa kononnya beliau melakukan kesilapan kerana terlalu mengikut kehendak akar umbi.

Ujarnya, suara-suara mendakwa pandangan lebih 3.3 juta akar umbi parti jangan galak dituruti kerana mereka kurang arif apa yang terbaik untuk UMNO.

“Suara dari luar parti itu berfikiran kerana terlalu mengikut kemahuan akar umbi maka UMNO terpaksa berdepan pelbagai cabaran.

“Tidak. UMNO tidak begitu. UMNO tidak sesekali akan mengabaikan akar umbinya. Akar umbi UMNO yang membentuk parti keramat ini.

“Akar umbi ‘stakeholder’ utama UMNO. Pimpinan UMNO wajib menjaga kepentingan jutaan ahlinya di seluruh negara,” tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu dalam satu hantaran di Facebook.

Ini juga jelasnya bermaksud menterjemahkan apa yang dipersetujui terbaik oleh para akar umbi UMNO untuk parti ini.

“Presiden UMNO sedar jika peperangan dikatakan dimenangkan oleh para prajurit, maka akar umbi UMNO adalah para prajurit parti ini.

“Seramai 3,359,368 prajurit UMNO di 191 bahagian dan 21,883 cawangan di seluruh negara akan terus dihormati dan dilindungi kepentingan mereka oleh pucuk pimpinan parti,” tekadnya. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.