Video Raya Judi: Pemuda UMNO Buat Laporan Polis, Bertindak Pantas Atas Aduan Rakyat

KUALA LUMPUR, 17 April – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menzahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada PDRM dan SKMM yang pantas bertindak atas ‘report’ dan aduan rakyat berkaitan penularan video promosi ‘Judi Raya’.

Semalam, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak agar pihak kerajaan terutamanya Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadapa pihak yang menghina hari kebesaran umat Islam dengan mempromosikan dan menggalakkan judi secara talian ini kepada umat Islam.

Kata ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap agar selepas ini tindakan lebih pantas boleh dibuat.

“Harap selepas ini dapat terus ambil tindakan pantas mengekang penularan apa sahaja bahan yang boleh dianggap menghina kesucian agama Islam,” katanya menerusi hantaran dalam laman facebooknya.

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Tebrau, Fauzi Faizal telah membuat satu laporan polis tentang iklan judi atas talian yang disebarkan secara meluas di media sosial bertopengkan hari kebesaran umat Islam yang menghina kesucian Bulan Ramadhan dan Aidilfitri.

Menerusi laporan terbabit, pihak SKMM diminta bertindak menyekat penularan video yang memaparkan iklan tersebut dengan serta-merta ekoran insiden sebegini tidak seharusnya dibiarkan berterusan yang kerana satu bentuk penghinaan ke atas kedudukan dan kesucian agama Islam di Malaysia ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.