Puteri UMNO Mesti Di Hadapan Jadi Telinga, Suara Rakyat – Zahida

KUALA LUMPUR, 12 April – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan menegaskan bahawa Puteri UMNO mesti di hadapan dalam menjadi telinga dan suara rakyat.

Ujarnya, anggota pergerakan terbabit perlu mendengar dan mengangkat isu-isu dan permasalahan rakyat.

“Puteri mesti di hadapan dalam menjadi telinga dan suara rakyat. Mendengar dan mengangkat isu-isu dan permasalahan rakyat,” katanya yang turut menyertai Konvensyen Media Puteri UMNO Malaysia semalam.

Katanya, penglibatan beliau adalah sebagai inisiatif untuk memberi kata-kata semangat kepada anggota Puteri UMNO menerusi program yang berlangsung selama 2 hari itu.

“Program terbabit adalah baik bagi membentuk sahsiah dan jati diri dalam persiapan jentera menghadapi pilihanraya ke-15 pada bila-bila masa sahaja.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.