Melaka Akan Tingkatkan Momentum Untuk Kemenangan PRU 15 – Ab Rauf

MELAKA, 11 April – Ahli parti harus diberikan semangat dan kekuatan selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas dalam usaha memastikan semangat yang ada hari ini terus melonjak, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Jelas beliau, kekuatan dan semangat ahli parti sangat penting dan yang paling penting momentum ini perlu diteruskan untuk pilihan raya akan datang.

“Melaka tidak pernah menduga kekalahan sejak pengisytiharaan merdeka bermula dari negeri Melaka dan kekalahan ini memberi kesan yang begitu mendalam kepada kita terutamanya orang Melaka dan yang sedihnya Negeri Sembilan masih lagi terus menjadi pembangkang.

“Kita berjuang dan terus berjuang untuk bersama-sama membina semula bukan saja negeri Melaka malah kita mendoakan Negeri Sembilan’ selepas ini dibawah kepimpinan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan dapat rampas kembali.

“Kita buktikan bahawa UMNO masih lagi memberi ‘taring’ tatkala kita kalah. Biar orang kata kita menunduk esok senang kita hendak menanduk. Tunduk tidak bererti kalah, tunduk ialah langkah untuk mengimbas seribu satu strategi untuk kita aturkan kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program penutupan Bangkit 15 anjuran Biro Latihan dan Perkaderan UMNO Malaysia di La Crista Hotel, hari ini.

Perasmian penutup disempurnakan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan turut dihadiri Timbalan Pengerusi BPUN Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, Timbalan Pengerusi BPUN Melaka, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, Ketua-ketua UMNO seluruh bahagian Melaka dan Negeri Sembilan.

Tambah Ab Rauf lagi, kekalahan yang dialami oleh negeri Melaka ini seolah-olah seperti ‘halilintar’ dalam menyebarkan jalur dan memadamkan segala api yang sedang membara.

“Melaka… insya Allah sudah bersedia dan pimpinan parti telah menilai gerak kerja untuk pilihan raya bagi negeri Melaka sebagai negeri pertama yang menjadikan sebagai negeri yang dilihat bersedia menghadapi pilihan raya dan apa pun Melaka telah bersedia untuk pilihan raya, ujarnya – UMNO Online

Oleh : Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.