UMNO Johor Bahru Terus Gerak Kempen Vaksinasi, Perlu Ada Gandingan – Shahrir

KUALA LUMPUR, 10 April – Ketua UMNO Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Samad berpandangan isu vaksinasi yang dikatakan kurang mendapat sambutan tidak sewajarnya diletakkan ke atas bahu rakyat semata-mata.

Sebaliknya jelas beliau perlu ada gandingan seperti pendaftaran secara digital (melalui MySejahtera) dengan pendaftaran secara bersemuka atau ‘physical’.

“Sebelum hari ini sudah 700 penduduk Johor Bahru telah didaftarkan untuk vaksinasi wabak COVID-19. Semalam kerja pendaftaran yang dibuat olih Wanita UMNO bahagian Johor Bahru diteruskan lagi,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Jelas beliau lagi menteri-menteri dalam kerajaan PN merungut masih tak ramai rakyat Malaysia yang mendaftar.

“Bukan salah rakyat. Yang salah ialah kerajaan PN tidak gandingkan pendaftaran secara digital (melalui MySejahtera) dengan pendaftaran secara bersemuka atau ‘physical’, iaitu mendaftar di klinik-klinik kesihatan kerajaan. Asyik-asyik, digital je. Waras lah sikit,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.