Serap Permasalahan Sebaik Mungkin Pastikan Parti Gerak Ke Depan

JOHOR BAHRU, 10 April -Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri (BPUN) Johor, Datuk Nur Jazlan Tan Sri Mohamed berharap ahli parti cepat menyerap segala badai yang melanda supaya UMNO dapat mengharungi Pilihan Raya Umum akan datang dengan sebaiknya.

Berucap pada Majlis Perasmian Bangkit 14 UMNO Johor yang dirasmikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau seterusnya menegaskan perbalahan dan sebagainya tidak menguntungkan parti.

“Bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU 15) ahli UMNO dan kepimpinan perlu menyelesaikan apa masalah yang timbul.

“UMNO sendiri pun menghadapi ombak yang besar dan apa yang berlaku di peringkat kepimpinan, ahli dibawah harus menimbang dan pertimbangkan dengan cara yang baik,” katanya.

Turut hadir dalam program berkenaan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin dan Setiausaha BPUN, Datuk Samsol Bari Jamali.

Jazlan seterusnya menambah pelbagai isu yang timbul perlu di atasi sebaiknya bagi melancarkan segala perancangan kelak.

“Kita kena pastikan perkara-perkara dan isu-isu yang dalam kawalan kita dapat di atasi kerana isu-isu ini akan berlaku daripada pelbagai segala sumber tapi kalau kita dapat mengawalnya dan dapat menyelesaikan maka kita akan lebih cepat bersedia bagi menghadapi pilihan raya,” katanya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.