Pasca PAU 2020 : Keputusan Tepat Ambil Kira Pandangan Akar Umbi – Norlizah

KUALA LUMPUR, 5 April – Perhimpunan Agung UMNO 2020 telah melabuhkan tirainya dengan penuh bersejarah tersendiri kerana buat pertama kali diadakan secara kombinasi iaitu bersemuka dan maya.

Menurut Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Norlizah Noh keputusan yang dimaklumkan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berjaya mengambil ketetapan bahawa parti tidak akan berkerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

“Segala keputusan parti yang diumumkan Presiden  UMNO,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada persidangan UMNO baru-baru ini bukan hanya keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO saja tetapi diambil kira dari pandangan suara akar umbi.

“Apa yang kita lihat hampir ke semua cawangan-cawangan UMNO Bahagian bersetuju untuk menolak PPBM. Tiada langsung kerjasama dengan PPBM di Pilihan Raya Umum 15 (PRU15) kelak. Itu muktamad dan tepat ,” katanya kepada UMNO Online di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Bahagian Kota Tinggi menggesa agar pemimpin dapat menghentikan konflik dalaman dan menyimpan kerahsiaan parti.

“Isu dalaman parti harus dibincangkan hanya dalam mesyuarat. Simpan rahsia parti. Jangan rumah dah siap, tapi pahat masih berbunyi… jangan jadi hantu dalam parti,” ujarnya.

Tegasnya, malah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan pun melontarkan pandangan yang sama dan landasan UMNO  hari ini sangat tepat dalam membuat segala keputusan. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.