‘Rebuild Selangor’ Pemuda BN Bantu Parti Berdepan PRU – Rizam

KUALA LUMPUR, 3 April – Pemuda UMNO Selangor terus komited mendekati anak muda negeri itu dalam usaha membantu parti mencapai kejayaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Ketuanya Datuk Rizam Ismail berkata untuk itu berpaksikan enam tunjang dan teras utama di dalam ‘Rebuild Selangor’ Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri itu akan bergerak ke seluruh negeri bagi menjayakan perancangan tersebut.

“Enam tunjang tersebut iaitu “Icon Selangor”, “Makeover Selangor”, “Tour Selangor” , “Port Selangor”, “Educate Selangor”, “Support Selangor” akan menjadi tumpuan dalam gerak kerja yang dirancang ini.

“Kesemua 6 tunjang ini akan berfokuskan kepada anak-anak muda dan bakal pengundi akan datang,” katanya kepada UMNO-Online, di sini hari ini.

Kata beliau lagi undi anak muda bakal menjadi penentu masa depan negara dan mengikut statistik, pengundi muda diramal bakal merubah landskap politik negara dengan penambahan pengundi baru 50 peratus.

“Dengan penambahan pengundi muda ini, kita tidak ambil jalan mudah dan akan terus bekerja keras bagi memastikan undi anak muda ini kembali kepada Barisan Nasional (BN).

“Pemuda UMNO sendiri telah melaksanakan beberapa program… antaranya khidmat sosial dan kemasyarakatan termasuklah sanitasi sekolah, masjid dan pusat ibadah dengan libatsama anak-anak muda di kawasan berkenaan di samping program-program santai, townhall dan juga riadah bersama anak muda turut dilaksanakan.

“Insya Allah kita akan terus bergerak seirama dan di peringkat Pemuda BN Selangor kita akan jayakan gerak “Rebuild Selangor” sebagai langkah persediaan kearah PRU 15,” ujarnya.- UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.