Persiapkan Jentera, Ikut Kesesuaian Semasa Dekati Rakyat – Ismail Sabri

BENTONG, 3 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar jentera UMNO di pelbagai peringkat bersiap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 15 yang akan datang.

Katanya, untuk menghadapi pilihan raya jentera mestilah lengkap dan yang paling penting akar umbi UMNO haruslah membuat kajian secara terperinci serta tidak boleh meneka kajian sikap secara semberono.

“Kita nak berperang kita mesti bersedia dengan jentera. Jentera ini merupakan ‘askar-askar’ … sebagai Menteri Pertahanan kalau tentera tak ‘ready’ mana mungkin kita boleh berperang. Kalau berperang pun bukan setakat ada senjata, peluru pun kena ada. Ada meriam besar peluru tak ada… tak meletup.

“Saya percaya apa yang dilakukan oleh jentera untuk memperkukuhkan parti bukan sahaja di peringkat bahagian malah di peringkat akar umbi kerana apa yang dipelajari harus dibawa ke peringkat bahagian masing-masing.

“Kita yakin di Pahang ini akan menang tetapi saya harap terutamanya wanita buat kajian sikap secara terperinci dan kalau boleh di bahagian-bahagian buatlah kajian secara profesional,” insya Allah….,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Bangkit 15 Negeri Pahang yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Hasan Arifin, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said.

Beliau yang juga Pengerusi Biro Latihan Dan Pekaderan UMNO Malaysia mengharapkan agar kajian ini dilakukan sebetul-betulnya dan pastikan kawasan yang boleh menang dan sebaliknya.

“Saya harap buat kajian betul-betul, tengok betul-betul yang mana boleh menang dan yang tidak boleh menang.

“Saya percaya dibawah kepimpinan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dengan apa yang dia buat pada hari ini dan saya yakin Pahang akan terus kekal ditangan kita,” katanya lagi.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Bera berkata di Pahang program Jalinan Rakyat (JR) yang dilakukan oleh Wanita UMNO agak berbeza dengan bahagian-bahagian lain.

“Hari ini keadaan sudah berbeza JR di Bera lain dengan JR di Kuantan atau pun JR di Indera Mahkota. Apa pun Ikut kesesuaian masing-masing.

“JR di Bera boleh masuk sampai ke dapur di setiap rumah tetapi JR di Indera Mahkota dengan komuniti berpagar ini… macam mana nak masuk? Tak boleh nak masuk, itu belum lagi yang duduk dalam condominium, setakat ‘guard house’ yang boleh kita masuk itu pun kalau boleh…takut tak lepas,” ujarnya – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.