Gelombang Pasca PAU 2020 Simbolik Menuju PRU – Shahril Hamdan

PASIR SALAK, 3 April – Perhimpunan Agung UMNO  2020 menyaksikan gelombang persiapan parti menuju ke Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan.

Menurutnya, ahli parti perlu menjadikan semangat semasa perhimpunan agung ini sebagai indikator persediaan memastikan keutuhan parti kekal ke arah PRU -15.

“Gelombang yang boleh bawa kita kepada kejayaan matlamat yang kita mahukan.

“Bukan buat kita keliru tapi sebaliknya gelombang selepas Perhimpunan Agung UMNO  2020 menjadi gelombang yang wajib kita layari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan dalam Program Gerak Gempur PRU – 15 Pemuda Pasir Salak bersama Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Mohd Ariff Abdul Majid dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun di Dewan Agro Aman Jaya, Kompleks Perumahan Kakitangan PPPNP, Sungai Galah.

Shahril yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia namun berkata ketetapan ini wajar dihayati kerana ianya sebagai simbolik kepada masa hadapan parti.

“Persiapan pilihan raya itulah yang mesti menjadi kiblat kita untuk minggu-minggu dan bulan-bulan yang akan datang.

“Kerana kalah bukan satu pilihan untuk kita hadapi seperti yang kita lalui 22 bulan suatu ketika dahulu,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.