Fokus Gerak Kerja, UMNO Hendak Rugi Atau Untung? – Amin

KUALA LUMPUR, 2 April – Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor berpandangan UMNO perlu lebih sensitif penilaian daripada rakyat terutama apabila melibatkan persepsi kepada parti.

Katanya, ini kerana rakyatlah yang menjadi penentu utama pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

“Saya lebih risaukan pandangan rakyat, pengundi dan masyarakat non partisan yang bakal membuang undi pada PRU15 akan datang.

“Berbanding rasa selesa dan ‘playsafe‘ dalam luang lingkup kita-kita sahaja,” ujarnya.

Jelas Ketua Pemuda UMNO Damansara itu lagi, parti perlu mengorak strategi yang lebih ampuh tanpa terlalu mengharap orang lain.

“Bagi saya jangan terlalu mengharap orang lain dan jangan terlalu bergantung kepada orang luar.

“Namun dalam masa sama kita perlu mengubah kekurangan yang menyebabkan kita tidak diterima.

“Saya optimis terhadap kerja keras pengukuhan rumah sendiri sejak dari awal 2018. Bagi saya UMNO perlu lebih progressif dan konstruktif dalam merangka perlaksanaan segala perkara yang menjurus kepada keberuntungan UMNO,” tegasnya.

Kata Amin lagi, nilai sentimental sejarah yang dikecapi oleh UMNO suatu ketika dahulu bukan penentu sebagai tiket cemerlang untuk masa hadapan.

“Tetapi ianya sebagai panduan untuk kita cipta penambahbaikan sesuai dengan adaptasi situasi semasa dan zaman.

“Pilihan di tangan kita, nak meniaga rugi atau nak meniaga untung?” katanya. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.