Persidangan Pemuda UMNO Dengan Norma Baharu Tetap Gamit Semangat Juang Tinggi

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Persidangan Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO 2020 bermula pagi tadi dengan suasana baharu apabila ianya diadakan secara bersemuka dan maya seluruh negara.

Biarpun dengan norma baharu ianya sedikitpun tidak mencacatkan perjalanan persidangan apatah lagi semangat yang berkobar-kobar daripada perwakilan baik di WTC mahu pun bahagian lain seluruh negara apabila masing-masing dengan berpakaian baju melayu putih yang merupakan tradisi pakaian rasmi Pemuda UMNO sejak sekian lama.

Sejurus selesai perasmian serentak persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO oleh Timbalan Presiden Parti, Datuk Seri Mohamad Hasan, perwakilan Pemuda mengambil tempat di Dewan Tun Hussein Onn.

Di sebelah kiri dewan dipancarkan secara maya wakil-wakil Pemuda yang turut mengambil bahagian di seluruh negara.

Selesai sahaja tatacara persidangan sepertimana yang dikehendaki perlembagaan, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi menyampaikan ucapan dasar yang cukup bersemangat dan penuh tenaga.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hj Hasan dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib turut meluangkan masa melawat persidangan Pemuda ketika Dr Asyraf menyanpaikan ucapan dasar.

Selesai ucapan dasar ketua pemuda, giliran para pembahas daripada negeri-negeri akan mengambil tempat bermula dengan usul pencadang menyokong ucapan dasar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled manakala Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Datuk Khadiriah Abu Zahar mewakili MKT ke persidangan pemuda pada kali ini. – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.