Alhamdulillah… Obor Perjuangan Pemuda UMNO Terus Kekal Dari Dulu Hingga Ke Hari Ini – Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 27 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah melahirkan rasa syukur biarpun kepimpinan Pemuda UMNO silih berganti namun soal teras perjuangan tetap bersinar dan obor yang dibawa oleh Pemuda UMNO sejak daripada dahulu kekal menyala sepertimana yang ditunjukkan sepanjang Perhimpunan Agung Pemuda UMNO yang berakhir petang tadi.

Menurut beliau institusi itu telah melalui pelbagai proses kematangan dan cabaran sejak mula ditubuhkan malah sejak itu Pemuda UMNO terus menekankan soal kepentingan bangsa Melayu Bumiputra dan Islam sebagai asas perjuangannya.

“Biarpun masa berlalu dan cabarannya berbeza, namum asas perjuangannya tetap sama, iaitu sebagai kumpulan pendesak dan pembela terhadap pelbagai isu membabitkan agama, bangsa dan negara. Tahniah, Pemuda UMNO kerana terus berperanan selaku sayap parti yang berani.

“Kerana itu teruskan perjuangan ini. Semoga UMNO terus digeruni dan dihormati oleh kawan dan lawan. Teruskanlah pendekatan yang sentiasa tegas, lantang dan berani yang menjadi imej sebenar Pemuda UMNO khususnya dalam setiap isu yang mencabar kepentingan agama, bangsa dan negara.

“Kami mendengar setiap ucapan dam perbahasan. Berasaskan ucapan dasar Ketua Pemuda serta ucapan wakil negeri termasuk anak muda mewakili universiti, maka kesimpulannya Pemuda UMNO kekal berani, kekal berilmu, kekal menjadi jurubicara rakyat, kekal idealisme dan sebagainya,” katanya ketika menggulung perbahasan mewakili MKT ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2020.

Meneruskan ucapannya beliau menitipkan pantun seloka dalam menggambarkan perjuangan Pemuda UMNO”

Pemuda tempat orang berteduh,
Pemuda berani menentang musuh;
Kepada hukum ianya patuh,
Didalam gelap, menjadi suluh.

Iman Pemuda, teguh,
Ilmunya banyak rajin menuntut;
Menghadapi lawan berpantang surut,
Menempuh bahaya tak pernah takut.

Pemuda membesarkan berpenat lelah,
Biar berkering tahan berbasah;
Hati Pemuda berani sikap pun gagah,
Kasihkan rakyat, sayang tak sudah.

Pemuda UMNO, memang berani menentang musuh,
Rendah hati pantang mengeluh;
Hidup rukun pantang bergaduh,
Bekerja tidak mengira peluh.

Hidup Pemuda menjunjung maruah,
Baik di tepi, mulia ditengah;
Gagah Pemuda jadi pusaka,
Dikenang orang sepanjang masa.

Setia Pemuda memegang adat,
Iman teguh, beramal kuat;
Pemuda terpuji, beramal kuat,
Sampai mati akan diingat.

Pemuda ini. Bekerja rajin berat dan ringan,
Berani tidak memilih lawan;
Berkata keras, tegas tindakan,
Dihormati kawan, disegani lawan.

Rupa Pemuda gagah hati berani,
Hati pukal percaya diri;
Kekal berdiri di kaki sendiri,
Menghadapi musuh berpantang lari.

Medan sudah bermula,
Seranglah Musuh Sebenar,
Bukan Menembak Kaki Sendiri.

Kekal berprinsip bila berparti.
Mesti diterjemah dalam tindakan.
Bijaksanalah bila berparti.
Langkah biar penuh strategi.
Bertindak biar matang.
Jangan sesekali membunuh diri.
Ingatlah.
Keputusan hari ini bukan hanya untuk esok.
Ia demi masa depan parti. Demi masa depan,kita dan generasi selepas kita.

Demi Agama, Bangsa & Negara.
Maka, peliharalah UMNO
Wahai anak muda. Wahai pemuda
Kerana saudara,
Panglima UMNO.
Panglima kepada parti keramat ini. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.