UMNO Bahagian Kangar Pegang Teguh Keputusan MKT

KUALA LUMPUR, 26 Mac – UMNO Bahagian Kangar memaklumkan bahawa bahagian terbabit menghormati dan berpegang teguh dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada 19 Februari 2021 bahawa tiada kerjasama dengan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), manakala kebersamaan UMNO dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian terbabit, dijelaskan bahawa pendirian UMNO Bahagian Kangar adalah berdasarkan kepada prinsip bahawa MKT adalah badan tertinggi yang menjalankan pentadbiran hal ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung yang telah dipilih melalui proses
pemilihan parti yang sah mengikut Perlembagaan UMNO.

“Oleh itu keputusan MKT perlu dihormati dan dipertahankan.”

Tedahulu, dalam kenyataan yang sama bahagian tersebut menjelaskan bahawa sebelum MKT UMNO diadakan dan keputusan dibuat pada 19 Februari 2021, telah dilaporkan dan dispekulasikan pelbagai usaha oleh kumpulan atau individu-individu tertentu mengenai hala tuju hubungan atau kerjasama diantara UMNO dengan parti-parti politik tanah air sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

“Malah setelah keputusan dibuat oleh MKT pada 19 Februari 2021, masih lagi kedengaran pihak-pihak tertentu yang dilaporkan berusaha dan bertindak bertentangan dengan keputusan tersebut.” – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.