PAU 2020: Satu Wadah Yang Tidak Pernah Luntur Teruskan Perjuangan

KUALA LUMPUR, 26 Mac – Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang akan bermula esok bukan sahaja menjadi tumpuan ahli dan pendokong parti malah masyarakat umum di luar juga tentunya ingin melihat persidangan parti yang telah berusia 75 tahun pada Mei nanti, apatah lagi kali ini dilaksana dalam norma baharu. 

Bagi ahli UMNO Bahagian Jelutong  Ahmad Yakqub Nazri, UMNO merupakan satu wadah perjuangan yang tidak pernah luntur.

“Roh perjuangan UMNO tidak pernah berhenti dan perlu diterapkan kepada generasi muda.

“Saya ucapkan tahniah kepada kepimpinan kerana kita berjaya meneruskan agenda kita, mesyuarat dan persidangan agung dijalankan dengan mengangkat suara akar umbi. Perhimpunan Agung UMNO ini tetap diteruskan walaupun berdepan pelbagai cabaran,”  katanya kepada UMNO Online, di sini, hari ini

Sementara itu, Ketua Penerangan Puteri UMNO Kelantan, Nurul Najihah Mohd Yasin menjelaskan tahun ini adalah tahun pertama UMNO mengadakan perhimpunan agung secara maya di tempat masing-masing.

“Inilah peluang yang boleh diberikan kepada lebih ramai bukan saja perwakilan tetapi ahli-ahli UMNO yang lain yang berada di bahagian untuk turut bersama meraikan perhimpunan agung UMNO ini walaupun dengan norma baharu di tempat-tempat atau bahagian-bahagian masing-masing.

“Kita jangan melihat ia sebagai ia sebagai sesuatu yang negatif tetapi ini adalah satu langkah untuk memastikan nama baik UMNO terjaga. Norma baharu ini kalau kita tersalah cara, kita tidak ikut SOP, UMNO yang akan terkesan maka kita sama-sama patuhi peratuhan yang ditetapkan,” tegasnya.  – UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.