Bersama Utuh Membelah Badai Gelora, Munajat UMNO Sebuah Perjuangan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tsunami Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hampir menenggelamkan kapal UMNO namun semua pendukung parti membetulkan sauh dan menampal bocor kapal yang hampir tenggelam.

“Kita layari semula bersama rakan-rakan yang masih setia menuju destinasi kemenangan. Biarpun sebahagian rakan-rakan itu masih muda, kita bersama utuh membelah badai bergelora.

“Saudara-saudari, munajat UMNO kerana sebuah perjuangan. Percayalah, orang yang dizalimi Allah tidak pernah menolak doanya.

“Biar apapun yang menerjah, berikanlah perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat. Rakyat amat merindui perkhidmatan UMNO dan Barisan Nasional (BN),” tulisnya dalam satu entri di Facebook.

Ahmad Zahid juga menyentuh dalam berpolitik musuh tidak perlu dicari kerana ia datang dengan sendiri.

“Kebiasaannya ia datang daripada luar dan adakala daripada dalam juga.

“Selalu juga didengari pendapat seberapa ramai sukakan kita, begitu juga yang tidak menyukai. Dalam keadaan sebegini, biarpun nahkoda bersilih ganti, kapal yang dikemudi pasti akan diserang,” katanya.

Tambahnya lagi, parti lawan tidak pernah kuat tetapi parti tewas pada PRU-14 lalu adalah kerana kelemahan sendiri dan perpecahan yang berlaku.

“Pada masa yang masih ada, perbaikilah kelemahan ini. Kita boleh berbeza pendapat dan kita raikan.

“Jangan kerana perbezaan pendapat kita menimbulkan kabilah. Pelajarilah sesuatu bagaimana sejarah tumbangnya kerajaan zaman lampau,” pesannya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.