‘Roadtour Penerangan Wanita Malaysia 2.0′ Kongsi Info, Bertukar Pandangan – Norshida

KUALA LUMPUR, 20 Mac – ‘Roadtour’ Penerangan Wanita Malaysia 2.0 hari ini turun ke negeri Kelantan dalam usaha memperkasakan lagi Wanita UMNO untuk mendepani cabaran serta gelombang politik semasa tanah air.

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berkata menerusi jelajah berkenaan pelbagai info dan input dapat dikongsikan bersama jentera-jentera wanita di akar umbi untuk melangkah ke depan dengan lebih agresif.

“Alhamdulilah hari ini, saya mengadakan perjumpaan dan menyampaikan taklimat ringkas Penerangan Wanita UMNO Malaysia sempena ‘Roadtour Penerangan Wanita Malaysia 2.0’ dengan negeri Kelantan sebagai negeri pertama.

“Menerusi platform ini, kita dapat berkongsi bukan sahaja info malah saling bertukar-tukar pandangan dan lontaran idea di semua peringkat untuk dilaksanakan dan dijayakan selepas ini, insya Allah,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pada masa yang sama Norshida yang juga Ketua Wanita UMNO Segamat melahirkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka dan jentera wanita di akar umbi serta pelbagai peringkat lain.

“Kita lihat  semangat jentera Wanita tidak pernah luntur, sentiasa kukuh dan padu. Terima kasih kepada semua dan kita cukup kagum dengan semangat yang ada hari ini untuk langkah yang lebih baik demi parti.

“Terima kasih kepada Kekanda saya Kak Rita Sarbanon Ismail, Ketua Penerangan Wanita Kelantan yang menyusun atur taklimat hari ini. Kita jumpa Perhimpunan Agung UMNO di alam maya minggu depan. Semoga Allah terus kurniakan kita pendirian yang kuat,semangat juang yang membara. InsyaAllah,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.