Pendakwaan Tutup Kes… Zahid Dituduh Kerana Presiden UMNO, Pertuduhan Bersifat Politik – Peguam

KUALA LUMPUR, 19 Mac – Pasukan Peguambela Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyoal balas saksi terakhir pendakwaan (SP99), Khairuddin Kilau yang memasuki hari yang ke-53.

Khairuddin Kilau yang merupakan saksi pendakwaan ke-99 menyambung keterangannya hari ini dan di soal balas oleh Hisyam Teh Poh Teik berkaitan dengan pelantikan Lewis & Co sebagai pemegang amanah Yayasan Akal Budi.

Peguam: Saya katakan peguam Lewis & Co telah dilantik oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadi ‘stakeholder’ atau pemegang amanah untuk Yayasan Akal Budi sebab Mazlina telah cuai dalam tugasnya apabila beliau menggunakan cek cek Yayasan Akal Budi untuk bayar kad kredit Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi?
SP 99: tidak setuju.

Peguam: Setuju kalau saya katakan pihak SPRM telah recommend kepada peguam negara untuk kemukakan 47 pertuduhan?
SP 99: Ya

Peguam: It is your recommendation?
SP 99: Ya IO (Pegawai Penyiasat) boleh cadangkan

Peguam: The question is adakah awak cadangkan?
SP 99: Ya

Peguam: Semua 47?
SP99 : Untuk saya 12 pertuduhan sahaja

Peguam: Saya katakan 47 pertuduhan termasuk 12 CBT langsung tiada basis dari segi fakta atau undang-undang?
SP99 : Tidak setuju

Peguam: Encik Din adalah IO kepada 12 CBT?
SP 99: Betul

Peguam: Dan sebagai contoh dimana saya katakan pertuduhan tiada basis, bolehkah tuan din rujuk pada ekshibit P 688. Tolong rujuk ekshibit P 688, ini pertuduhan ke enam, kesalahan CBT dimana tuan din katakan tuan din telah recommend kepada TPR untuk tuduhkan, betul?
SP 99: Betul

Peguam: Ini satu charge yang serius?
SP 99: Betul

Peguam: Sebab amount besar?
SP 99 : Setuju

Peguam: Tolong bacakan pertuduhan tersebut.
SP 99 : (dibacakan)

Peguam: Setuju atau tidak kalau saya katakan bila wang sampai ke Lewis masuk ke clients akaun Lewis?
SP 99 : Setuju

Peguam: Bermakna klien Lewis adalah pemilik wang tersebut?
SP 99 : Tak jelas

Peguam :Bila wang tersebut telah dimasukkan ke akaun klien Lewis, bermakna anak guam adalah pemilik duit tersebut?
SP 99 : Ya

Hisham menjelaskan bahawa wang yang diterima oleh Datuk Seri Ahmad Zaid Hamidi langsung tidak dimasukkan ke dalam poket beliau, malah ia terus ke akaun Lewis & Co.

Peguam: Bermakna wang tersebut langsung tidak masuk ke poket Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, betul tak?
SP 99: Ya

Peguam: Kalau hak milik wang tersebut adalah pada klien dalam akaun Lewis, langsung tidak ada pecah amanah?
SP 99: Tidak setuju

Peguam: Oleh sebab itu saya katakan charge ini bersama charge-charge lain langsung tidak ada basis dari segi undang-undang?
SP 99: Tidak setuju

Peguam: Dan saya katakan bila charge seperti ini dikemukakan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada sesiapa pun, nama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan sesiapun akan jatuh?
SP 99: Tidak setuju

Peguam: Setuju kalau saya katakan kesemua 47 pertuduhan dimulakan bila ada pertukaran kerajaan?
SP 99: Tidak setuju

Peguam: Setuju atau tidak semua pertuduhan ini dikemukakan bila Pakatan Harapan bentukkan kerajaan?
SP 99: Tidak setuju

Peguam: Saya katakan, these charges are politically motivated?
SP 99: Tidak jelas

Peguam: Bermakna bahawa asas pertuduhan adalah asas politik?
Prosecution: Bantahan, soalan bersifat scandalous. The charges are not related to political matters.
Defence : My lord, we need to put our defence.
Court: I understand that the charges do not relate to political matters but the defence still need to put their defence.

Peguam Hisham Teh Pok Teik seterusnya menekankan bahawa kesemua 47 pertuduhan itu tidak mempunyai asas yang kukuh kerana wang yang dikatakan disalah guna tidak pernah masuk ke dalam akaun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya dimasukkan ke dalam akaun Lewis & Co yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akal Budi milik tertuduh.

Seterusnya Hisham menyatakan pada masa yang sama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga adalah Presiden UMNO dan pertuduhan ini dijalankan kerana beliau menjawat jawatan Presiden UMNO.

Peguam: Setuju tak setuju saya katakan asas semua 47 pertuduhan adalah pertukaran kerajaan dan asasnya adalah political?
S99: Tidak setuju

Peguam: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dituduh kerana pada masa material beliau adalah Presiden UMNO?
S99: Dalam jangka masa itu betul, dia Presiden UMNO.

Prosecution: Objection. This is why we object. The witness may misunderstand.
Peguam: Saya katakan, pertuduhan ini dimulakan sebab beliau pada masa itu adalah Presiden UMNO?
S99: Pada masa itu dia memang Presiden UMNO

Peguam: Dan oleh sebab itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikenakan 47 pertuduhan?
S99: Tidak setuju

Khairuddin Kilau turut menyatakan sejak beliau menjadi pegawai penyiasat selama 20 tahun, dia tidak pernah melihat pertuduhan sebanyak itu yang dihadapi oleh mana-mana ahli politik selepas berlaku perubahan kerajaan yang memerintah.

Peguam: Berapa lama tuan din jadi seorang IO kanan?
S99: This case saya bermula setelah saya dilantik sebagai pegawai penyiasat.

Peguam: Berapa tahun?
S99: Kalau usia pekerjaan saya, sekitar 20 tahun

Peguam: Dalam tempoh 20 tahun adakah tuan din dapat lihat atau baca dari mana-mana tempat bahawa seorang ahli politik telah dituduh sebanyak 47 pertuduhan selepas kerajaan bertukar?
S99: Dalam pengetahuan saya tiada

Peguam: Ini first time?
S99: Dalam pengalaman saya ini first time.

Mahkamah turut menetapkan 28, 29, 30 Jun dan 1 hingga 2 Julai ini untuk kedua-dua pihak berhujah secara lisan sebelum memutuskan sama ada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan daripada pertuduhan atau diperintahkan untuk membela diri. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.