‘Pelik Bin Ajaib’, Kluster SPRM Bakal Suci – Zahida

KUALA LUMPUR, 13 Mac – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata kluster mahkamah naratif ciptaan pihak tertentu dibuat untuk terus tanam persepsi buruk serta Fitnah pada pemimpin kita termasuk Presiden UMNO.

Sedang katanya, rakyat Malaysia malah satu dunia tahu akan pendakwaan di zaman Pakatan Harapan (PH) bermotif membunuh musuh politik mereka.

“Pelik bin ajaib, yang melompat tidak pula didakwa dan akhirnya mereka terselamat daripada termasuk dalam kumpulan ‘Kluster Mahkamah’,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya, hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran laporan hari ini Ahli Parlimen Kuala Langat umum lompat dan sokong kerajaan.

“Sedang beliau bertanggungjawab pada dakwaan rasuah terhadap Setiausaha Politiknya dahulu.

“Dikhabarkan ramai lagi yang akan menyusul untuk turut melompat dan jangan pelik, jika mereka ini semua ada file siasatan dengan SPRM.

“Yang akan jadi pelik ibarat magik, apabila ‘Kluster SPRM’ ini semua bakal suci, sesuci bayi baru lahir.”

Soalnya, adakah rakyat boleh terima pada politik lompat melompat, politik guna kuasa bunuh lawan dan politik guna kuasa selamatkan kawan?

“Kita cerita pula beberapa pemimpin UMNO terima dana politik yang sama daripada Presiden parti yang sama sebelum PRU14 lalu.

“Apa jadi pada pemimpin yang kekal setia dalam UMNO?

“Dan dimana pula bekas pemimpin UMNO yang pilih untuk melompat, melarikan diri?” soalnya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.