Penglibatan Orang Muda Dalam Parti Pengktirafan Besar UMNO – Khairi

KUALA LUMPUR, 9 Mac –  UMNO hari ini telah mengorak langkah dalam mendepani cabaran semasa politik tanah air termasuklah memberikan ruang dan peluang kepada orang muda dalam menggalas tanggungajwab sebagai kepimpinan parti.

Dengan mengambil contoh tanggungjawab Ketua Penerangan UMNO pusat yang diberikan kepada orang muda, Ketua UMNO Iskandar Puteri, Mohamad Khairi A. Malik berpandangan itu merupakan satu tindakan yang tepat dan tanggungjawab berkenaan bukanlah satu tugas yang cukup mudah sebaliknya penuh dengan cabaran tersendiri.

Menurut beliau orang muda seharusnya melihat dan menyokong pelantikan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti tersebut sebagai satu pengiktirafan yang cukup besar kepada mereka dan ianya merupakan satu usaha yang cukup baik.

“Orang muda mesti menyokong dan ini menjadi satu lambang kepada kejayaan orang muda dalam menjayakan gerak kerja parti untuk kita berdepan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Apabila melantik orang-orang muda dan mereka diberi tanggungjawab besar dalam parti maka ini merupakan satu usaha yang sangat baik dan seharusya disambut oleh semua orang bahawa orang muda memang ada kemampuan untuk membantu parti dalam berdepan dengan pelbagai perkara isu-isu semasa dan sebagianya,” katanya kepada UMNO-Online.

Khairy seterusnya menambah di bahagian Iskandar Puteri sendiri, ruang dan peluang diberikan kepada pimpinan muda dalam menggalas tanggungjawab dan masing-masing dengan mereka mempunyai peranan tersendiri.

“Ini nafas baru kepada UMNO dan saya selaku Ketua UMNO bahagian Iskandar Puteri memang mengalu-alukan dan di peringkat bahagian sendiri sentiasa memberikan kerjasama yang baik di kalangan orang muda malah jika orang muda ini sudah bersedia kita tidak teragak-agak untuk menonjolkan orang muda untuk memimpin pada masa-masa akan datang,” ujarnya.

Ujar beliau lagi apabila senario tersebut dapat dijayakan ianya memberi semangat kepada orang muda di pelbagai peringkat untuk meneruskan perjuangan bersama UMNO hari ini.

“Apa pun UMNO hari ini telah mengorak langkah dengan memberikan tanngungjawab yang cukup besar apabila memberikan kepercayaan kepada Shahril Hamdan selaku Ketua Penerangan UMNO di kalangan orang muda.

“Ini satu gerak kerja yang baik dan kita mesti melihat orang muda boleh diberi peluang untuk memegang tanggungjawab lebih besar dalam organisasi UMNO itu sendiri. Apabila ini berlaku, ia memberi semangat juga kepada orang muda yang lain di peringkat bahagian dan sebagainya,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.